Monday, 29 February 2016

Perkara penting bagi aku!!

Assalamualaikum pembuka bicara..
Okey hari nie kita berbicara mengenai macam mana nak dekat kan diri dengan-NYA...

1st SOLAT AWAL WAKTU
well aku memang banyak kali kot peringat kan kat diri sendiri SOLAT AWAL WAKTU syarat pertama nak latih diri untuk setiap perkara..
Sebab dari solat kita dapat tengok peribadi seseorang tu macam mana.. baik solat dia, baik juga peribadi dia..
Kadang-kadang terfikir jugak kalau laa kita nie sendiri solat hujung waktu, macam mana bakal anak-anak kita nanti???
Okey kita fikir-fikirkan..

Sekarang zaman yang makin mencabar, anak-anak dengan mudah jer mengakses teknologi dan mudah terpengaruh dengan anasir luar..
Tak ke kita perlu risau??
risau dengan keadaan sekeliling..
Kalau aku pun tak jaga solat.. macam mana bakal anak aku nanti?? Kalau aku pun suka solat hujung waktu, kemungkinan besar tak anak-anak akan tidak solat???
Nak didik bakal anak-anak kena bermula dari diri sendiri, perlu didik diri sendiri dulu, walaupun usia masih muda tak salah kita nk berubah awal dan itu lagi baik :)

2nd IKHTILAT
insyaa allah bila kita jaga ikhtilat, kita cuba jaga ikhtilat kita tak akan mudah jatuh, jatuh hati, jatuh segala jatuh laa.. sebb bila kita tak jaga dengan mudh kita blh jatuh hati kat orang tu atau orang nie..
Nasihat untuk aku sendiri jugak, kalau boleh jauh kan diri berwhatsapp dengan lelaki hatta orang yang kita suka sekali pun, sakitnya tu hanya diri sendiri yang dapat rasa..
Bila kita jaga diri sendiri dengan baik , insyaa allah kita bakal melahirkan zuriat yang baik..

Entah laa kadang- kadang aku rasa aku fikir ke depan sangat ke??
Entah mungkin sebab dunia makin mencabar, nak jaga diri sendiri pun kena kuat, diri sendiri kena kuat, baru laa boleh didik anak jadi kuat jadi seorang yang berpegang teguh pada agama yang bukan jenis mudah alpa...

Selalu ingatkan diri,
kau nak anak yang baik??
Kau kena jadi baik...
nak anak yang sentiasa dekat dengan Allah saw??
Kau kena dekat kan diri terlebih dahulu dengan pencipta kau..
Walaupun aku bukannya dah kawin pun dok asyik cerita pasal anak jaa, tapi tu laa sentiasa fikir..

Kita kalau nak buat sesuatu, ingat!!! Kita nak Allah suka dengan apa yang kita lakukan, bukan hanya buat kerana Allah jer..

Macam kita nak bagi hadiah dekat orang yang kita sayang.. tak kan kita nak bagi cincai2 jer kan.. asal ada.. mesti laa kita nak cari yang special pastu nak bli pembalut yang lawa nak balut cantik2 pastu bagi kat orang tu biar dia suka kan.. mesti orang tu suka..
Berbanding kita beli hadiah pastu just boh dalan kotak jaa, kotak kosong biasa? Orng tu gembira jugak, tapi biasa jer x rasa apa2 sangat..

K laa nak cerita tu jer rasanye..
Tapi 2 perkara ni kalau boleh aku nak pegang elok-elok.. kalau tak dapat pegang secara sempurna, aku akan cuba latih diri.. latih diri perlahan-lahan..
Dan ingat!!! Setiap perkara baik tu mesti Allah akan permudahkan :)