Friday 22 June 2018

Perlahan-lahan perbaiki diri in syaa allah

Pernah rasa??
Pernah rasa tak diri tak guna, bila tengok orang khusuk dengan fon khusuk dengan movie.. padahal azan dah habis, diri sendiri pun dah siap.. tapi yang lain tak gerak mana.. masih dengan aktiviti tadi.. nak cakap, nak sangat.. bagi hint tapi macam tak nampak jer😔😔.. end up hati aku sendiri sakit 💔💔aku pun pergi kat tangga menangis..menangis sebab rasa tak guna tak mampu nak cakap😢😢
Pernah tak??
Kau keluar dengan member dah nama dengan member mestilaa nak beseronok, lagha tu opkos..
Masa bunyi azan masih ditempat yang sama..
Kau pulak rasa nak lari.. nak cari tempat solat..atau pun masih dalam kenderaan.. tak kisah laa kat mana2 pun..tapi macam ada tempat solat berdekatan.. tapi bila ikut orang kau tak boleh buat apa-apa.. end up sakit lagi 💔💔 kau tak dapat solat awal waktu, atau pun lebih tepat.. kau solat hujung waktu..hurm rasa tak guna nya diri ni, nangis hujung pintu kereta.. menangis lagi.. lemahnye hati kau😢😢kenapa kau tak berani cakap.. member kau jer pun.. cakap laa.. cakap..kan waktu tu boleh ejas..
Hurm kan dah cakap rasa tak guna dekat diri.. sebab tak berani cakap..
Maklum laa ikut orang bukan ikut kita..
Sebab tu jarang keluar, suka jer jugak jalan sorang-sorang, tak perlu tunggu orang.. kalau kau nak lari tang tu jugak kau lari.. tak de laa rasa besalah nk tinggalkan sesuatu tempat bila nak jaga hati member..tak pun kau lari2 kang tetiba kena tinggal😅😅
Awak~
Saya ni dah laa tak kuat, tak de keberanian.. apa salahnya awak jaa ingatkan saya ni haa.. bila azan, jom korang solat dulu😘😘 sembang nanti2 boleh.. psstt!! Ni kalau diri sendiri abc lain citer laa rasa diri aman sikit, tapi tengok orang tak aman, nanti kat akhirat kena soal.. kenapa tak ingatkan member SOLAT AWAL WAKTU?? SEDANGKAN KAU TAHU..
Tau kan ingat mengingati tu perkara BAIK☺️
Awak ingatkan saya, saya ingatkan awak😘😘
#SHAR
#salahtego2laa


MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA😘😘
Umpama juga akal fikiran diberi untk kamu berfikir pada tempat yang sepatutnya..
Sama ada ingin melakukan kebaikan atau kejahatan??
Ingin menyanyangi atau melukai??
Ingin kejayaan atau kegagalan??
Ingin menjadi orang berilmu atau ilmu kosong di dalam dada??
Ingin diperlihat orang atau ingin menyembunyi??
Ingin jadi seorang perempuan murah atau mahal??
Ingin jadi wanita teragung rumh tangga atau perampas rumah tangga orang?
Ingin pahala atau ingin tambah dosa??
Ingin jadi manusia yg kejar akhirat atau dunia??
Ingin jadi anak soleh atau derhaka??
Dan jika ingin dihargai harus menghargai orang lain..😉😉 begitu juga ingin bahagia bukan menjadikan orang lain derita atas kebahagiaan sendiri😢😢😢
FIKIR!! MANUSIA DIBERI AKAL oleh ALLAH swt UNTUK BERFIKIR DAN SEMUA KEPUTUSAN TU ADA DI TANGAN SENDIRI😘😘😘

Wednesday 20 June 2018

Hanya luahan ku

Andai BISA KU PETIK GITAR MENGIKUT ALUNAN LAGU CINTA KITA, serta mencorakkan jalan hidup kita yang begitu indah...
Izinkan, walau ku sedar petikan ini sumbang😜😜
.
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..
Jika kau hilangkan agama dalam dirimu..
Maka hilanglah cintaku padamu ..
Tidakkah kau tahu cinta tidak pernah meminta kerana ia sentiasa memberi..
Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam dan tidak pernah membalas dendam..
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan dan kebencian pula hanya akan membawa kepada kemusnahan..
Tapi perlu juga kau tahu, aku tidak ingin mencintaimu melebihi cintaku pada-NYA..
Aku juga tidak ingin mencintai seseorang sebelum ikatan suci itu terjalin..
Rasa diri begitu murah tika mencintai seseorang yang belum pasti😢😢
Kerana aku juga khuatir, cinta yang melebihi-NYA hanya akan membuatkan DIA menarik rasa cinta itu sebelum waktunya..
Sekali lagi ku ulang.. tidak ingin rasanya😢
Mungkin hanya aku yang merasa begitu tapi tidak engkau..
NIAT DI HATI HANYA INGIN MELETAKKAN RASA CINTA NO.1  pada yang ILAHI..
Kerana cinta itu lagi perlu aku jaga dari cinta manusia..
.
Psstt!! Tak tau pulak awe begitu romantik, abaikan kepada perkara yang tidak bermanfaat😅😅..
#SHAR
#salahtego2laa


IKHTILAT...
Awak.. kalau dengan awak pun saya tak mampu jaga ikhtilat What you expect pergaulan seorang perempuan tu dengan lelaki lain atau pun pergaulan seorang lelaki itu dengan perempuan lain??
Tidak juga ku ingin membuahkan rasa cemburu dalam hati yang selayaknya telah ditetapkan untukku..
Ini hanya sekadar pemikiranku saja.. pemikiranku dan pembaca juga lain, tapi andai tercuit di dalam hati ingin berubah kepada kebaikan alhamdulillah😘😘
Sebab saya disini masih mencuba, jadi kita sama-sama cuba☺️☺️
Kerdilnya diri ini hanya mahu menjaga diri sebaik mungkin..
Kerdilnya diri ini tidak mahu sekali ALLAH swt itu murka walau sikit pun..
Kerdilnya diri ini juga kerana tidak ingin membenihkan mutiara-mutiara maksiat di dalam hati manusia lain..
Kerdilnya diri ini cuma mengharap andai yang disini menjaga yang disana juga menjaga diri sebaiknya..
Manusia adakalanya keinginan tidak selari dengan kelakuan, maaf~😔..
.
JAGALAH DIRI MU SELAYAKNYA😘😘
ALLAH swt juga menjaga hambanya dengan PENUH KASIH SAYANG..
Kenapa kau tidak menyanyangi dirimu selayaknya..
Kenapa juga perlu menjauhkan diri dari pencipta mu??
Dekatkan saja, semoga kelak jatuhnya aku ke dalam neraka tidak selama yang disangka.. mungkin juga kau dulu yang akan keluar dari neraka..
#SHAR
#salahtego2laa


Monday 18 June 2018

Pesan pada diri pesan pada hati

Pesan pada diri..
DIDIK HATI BAIK-BAIK...
kerana hati yang baik akan mengeluarkan lisan yang baik-baik saja..
prasangka yang baik-baik saja kemudian diterjemah dengan tingkah laku yang baik juga..😊😊
.
Pesan juga pada lidah..
Mohon CAKAP YANG BAIK-BAIK SAJA atau lebih baik diam..
Kerana mungkin saja satu patah perkataan yang tidak bermanfaat dan tanpa berfikir panjang bakal mendekatkan diri kita serta melayang-layang kita ke dalam neraka😢😢..
Tapi sekarang bukan pada lidah saja tapi tiap-tiap taipan yang kita lakukan  di mana-mana juga harus berhati-hati..
Andai lisan ini mengeluarkan kata-kata yang tajam.. Beribu kali  MAAF ingin diungkapkan..
Andai penulisan ini menembak hati-hati kecilmu juga MAAF sekali lagi..
Bukan apa sering kali cuba berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukan.. tapi sering kali juga tersasar..
.
MAKA HATI-HATI LAA dalam menjaga hati, kerana hati yang baik tidak akan mengeluarkan lisan yang tidak baik..
#SHAR
#salahtego2laa


Usahlah kau mengira detak detik waktu..
KEMATIAN TIDAK MENGENAL USIA..
Ada yang muda-muda sudah meninggalkan dunia..
Yang tua apatah lagi😢😢
Sebelum matinya menghampiri kita..
Kuatkan diri dengan amal yang ada, amal yang kau boleh kongsi bersama..
Kuatkan diri juga dengan ilmu di dada.. ilmu yang memberi manfaat kepada semua☺️☺️
USAHA TU PERLU, USAHA TU WAJIB!!
jangan sekali kau lemah..
Kuat laaa..
Kuat!!!
Bukan untuk manusia lain, tapi untuk kau sendiri...
Kuatnya kau untuk mencipta generasi baru😘😘
Ilmu ada kan, ilmu bermanfaat.. cari!!! Dan kongsi..
Jangan pernah sekali kau lemah, dan jangan juga disebabkan kau lemah kau turut mengajak orang lain..
MOHON JANGAN!! SEKALI LAGI JANGAN~
Kita hadap realiti bersama, memang realiti mu dan realiti ku tidak sama..
Tapi kau aku dan kamu harus KUAT!!
Fikir!! Generasi baru akan lebih mencabar..
Bagaimana nanti generasi anak kita andai kau lemah sebegini😢😢
KUAT LAAA KAU AKU DAN KAMU 💪🏻💪🏻
Sebelum pergi meninggalkan dunia, pastikan ada amal dan ilmu yang boleh kau salurkan walaupun sesudah kematian mu..
#SHAR
#salahtego2laa