Tuesday 4 August 2020

Jalan kehidupan yang ditentukan - NYA


Assalamualaikum..
pembuka kata..
rajin pulak hari ni buat karangan..
Karangan ku bermula dengan keadaan duduk.. masih waktu bekerja..
sebab hari ni masuk keje tengah hari, jadi balik malam..
Dah malam ni tak banyak sangat keje boleh buat selain balas wassap pelanggan.. Buka laman sosial company dan balas chat dari pelanggan yang bertanya pelbagai soalan dan pelbagai komplen yang dibuat..
Mungkin bagi memuaskan kata-kata yang terpendam..
Aku hanya perlu membalas dengan kata-kata maaf dan perkata yang sepatutnya...
Okey laaa salah topik pulak..
Aku hanya ingin lepaskan apa yang berada di fikiran sahaja.. Mana tak nya, setiap pagi harus melapah kata-kata makian adakalanya.. macam dah jadi sarapan ruji setiap pagi bila masuk kerja.. Kena hadam dulu.. dah macam perkara negatif yang perlu aku setkan dalam otak perlu menjadi perkara positif..
Tapi mungkin hanya aku, tak boleh jugak nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja di restoran.. Hari-hari kena hadap pelanggan secara bersemuka.. Kalau kena maki, maki laaa... Tapi tak semua, ada jer manusia yang boleh berbicara dengan nada yang baik..
Kadang-kadang terfikir kenapa ada manusia yang mulut tak dijaga ketika berkata sesuatu..
Bahagiakah dengan mengeluarkan kata-kata makian terhadap orang lain?
Adakah kepuasan tu mencukupi dengan memaki manusia lain?
Adalah lebih baik beristigfar atau berzikir untuk menenangkan hati..
Bukan semua manusia tidak melakukan kesilapan.. Mereka semua sama.. setiap saat, tiap detik pasti akan melakukan kesilapan..


Itulah yang dinamakan manusia, diuji dari setiap apa yang keluar dari mulut adakah perkara-perkara yang bermanfaat atau hanya mendekatkan diri kepada peritnya api neraka itu..
Orang kata kalau perahu terlajak boleh diundur, tetapi kalau kata-kata yang terlajak bisa padahnya...
Okey laaa setiap minat orang tak sama, jadi cara aku untuk melepaskan apa yang berada difikiran, atau apa yang terpendam di dalam hati adalah dengan keluar berjalan menikmati keindahan yang diciptakan oleh-NYA..
Tak semua ye punyai minat yang sama..
Jadi aku akan mengikuti mana-mana hiking yang terdekat.. berjalan menyusuri hutan untuk melihat keindahan pada hujungnya..
Sama macam kehidupan yang adakalnya perit untuk diterima, melalui jalan-jalan pahit kehidupan bertemu dengan mereka yang melukakan.. Belum mampu untuk aku padam hingga kini...
Tapi aku ingin lihat pada penghujungnya, hikmah pada setiap kejadian yang berlaku..
Apa yang perlu lagi aku lihat hingga sampai ke penghujung jalan..
Sama laa bila mana aku hiking, dan kebiasaannya aku akan hiking berteman.. tidak perlu ramai, cukup berdua atau bertiga.. sebab dekat sana biasanya akan berjumpa lebih ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama..
Setiap kenangan perlu dipinkan supaya menjadi tatapan kemudian harinya..


gambar semua tak de yang dekat tempatnya..
Waktu hiking ni aku berada di BLUE LAKE CHERAS.. air dia memang cantik.. Alaaa tengok air jer pun kan..
ehhh tak laaa tengok sekali pemandangan sekeliling indah untuk ubat penenang hati seketika cuma... Cukup untuk aku simpan bila perlu dan sambung ke trip seterusnya..
In syaa allah jika ada rezeki, boleh laa teroka lagi tempat-cantik dekat Selangor ni.. nak luar Selangor bajet kena besar sikit..


Sekian saja coretan aku pada hari ini..
bahasa yang digunakan adalah bahasa baku mungkin, yang telah dicampur adukkan.. 
byeeeeeee!! jumpa next page pulak..