Friday 20 July 2018

Langit saja bisa bercerita

MENGGAPAI LANGIT SAJA DIRI INI TIDAK MAMPU๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข..
Tapi izinkan untuk aku melakar keinginanku, impianku di dalam hatiku kemudian aku SWICTH ON the BUTTON supaya menjadi kenyataan dan sudah semestinya atas KEHENDAK ALLAH swt, USAHA juga perlu untuk dititik beratkan..jangan lupa itu!!
Kerna ALLAH pandang walau sekecil apa pun ia๐Ÿ˜๐Ÿ˜..
Sama dengan langit yang kosong berwarna biru kemudian dihiasi dengan pelbagai bentuk awan, yang adakalanya berbentuk seperti bayi, binatang, adakalanya juga kosong tanpa bentuk apa pun..
Tapi masih kelihatan cantik ciptaan ALLAH swt itu..
Cantik lagi takdir yang ALLAH swt telah tetapkan untukmu juga untukku..
Sama juga tika kau lakar keinginanmu, impianmu.. lakar juga DOSA-DOSA yang pernah kau lakukan..
Kerna setiap keinginanmu belum tentu ke arah kebaikan mungkin saja perkara-perkara yang boleh mendatangkan DOSA..
impianmu juga..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Kenapa begitu??
Bila kau lakar dosa-dosamu, barulah kau mula sedar yang dosa itu begitu banyak ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Aku harus dan perlu BERTAUBAT sentiasa dan taubat bukan suka-suka boleh ditangguhkan, bukan juga suka-suka boleh sambil lewa..
SESEGERALAH KAMU..
Kerana kematian tidak mengenal usia walau masih banyak keinginan serta impianmu yang ingin kau capai..
Aku cuma berpesan pada diri, dan semoga apa yang tertulis sentiasa diingati sampai bila-bila serta rujukan pada masa akan datang๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
#SHAR
#salahtego2laa


JADILAH SEPERTI BUNGA YANG MEMBERI KEHARUMAN BAHKAN KEPADA TANGAN YANG MENGHANCURKAN..
.
Wanita itu cantik..
Wanita itu hatinya lembut dan rapuh tika mencintai seseorang..
Wanita itu sifat penyayang melebihi segalanya..
Wanita itu adakalanya tidak mengenali bagaimanakah ia sebenarnya..
Wanita itu seperti mekarnya sekuntum bunga yang mewangi serta menarik kumbang untuk hinggap di kelopak serta menghisap madunya..
Wanita itu penuh dengan perasaan..
Wanita itu insan yang kuat dimana lelaki juga tidak mampu untuk menandinginnya..
Wanita itu adalah ibumu, kakakmu, adikmu juga saudaramu..
Atas sebab apa kamu perlu menyakitinya??
Atas sebab apa kau tidak menghargainya??
Maka HARGAILAHH sementara masih ada..
SAYANGILAHH sebelum ajal menjemput tiba..
maka kau akan dapat merasai kenikmatan yang selayaknya..
๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
#SHAR
#salahtego2laa



Wednesday 18 July 2018

Gambar hanya lah cerita yang belum tentu kebenarannya

Masyarakat NOW DAYS...
aku yang terlalu tertutup fikirannya.. atau mereka yang terlalu terbuka??
Aku bukan orang besar yang kuat pengaruhnya..
Aku juga bukan orang yang ramai kenalan..
Aku cuma manusia biasa yang adakalanya pelik dengan sikap manusia lain..
Sudah cukup dengan pengaulan bebas sesama jantina.
Apa perlu pergaulan sesama jenis??
Yang melampaui batas??
Yang mana disokong??
Yang mana dipuja???
Yang mana ia semakin berleluasa๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Semoga Allah swt sentiasa lindungi hati-hati mereka yang ingin bertaqwa kepadanya..
Manusia hidup asal dari tanah dan kembali kepada tanah juga..
Jangan sampai bumi tidak menerima jasad kita๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Dunia semakin TENAT๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
.
Rasullullah SAW bersabda yang artinya : “Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” (HR Tirmidzi , Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad )
.
#SHAR
#salahtego2laa


Disebalik kecerian wajah yang kau lihat itu hanyalah topeng semata..๐Ÿ‘บ๐Ÿ‘บ
Topeng yang ingin ditutup tanpa membuka cerita hati yang sebenar..
Disebalik senyuman yang selalu terukir, dibalik senyuman matanyanya masih terdapat banyak perkara yang dipendam tanpa mahu diungkap.
Kerna ungkapan hanya membuatkan titisan air mata mengalir lagi..๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Disebalik gambar itu juga hanyalah kepalsuan yang tidak ingin dibongkar dan diceritakan kepada mereka..
Ia hanyalah sekeping gambar yang hanya dilihat tanpa kaca mata hati..
Semoga kesedihan yang kau hadapi membuat kau lebih kuat..
Semoga kepura-puraan kau itu membuatkan orang sekeliling bahagia dengan sikap mu..
Semoga Allah swt sentiasa titip mereka yang baik yang membuatkan kau tidak kenal erti lelah dan penat..
Jika kau keletihan, kau hanya perlu berehat sebentar dan teruskan semula..
Jangan kau biarkan ia terus terhenti tanpa ada penamat..
Oohhh iya we.. apa yang kau bebelkan pagi-pagi buta ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
#SHAR
#salahtego2laa


Monday 16 July 2018

Bahagia bukan terletak pada orang lain, tapi diri sendiri

Bahagia itu bila kita sentiasa berada dalam redha-NYA.. berkah-NYA...
Betul??๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰
Saat kegembiraan meniup masuk dalam diri..
Sebut ALHAMDULILLAH SYUKUR☺️☺️..
Kebahagiaan ini Allah swt yang beri, harus aku BERzikir tanda berterima kasih dan memuji kepada-NYA..
Umpama rama-rama terbang bebas di dalam sudut hati๐Ÿ’–๐Ÿ’–, yang tika hinggapnya ia memberi sinar yang bergemerlapan, mengebukan juga lagi hati yang sedang bahagia di sudut aras yang paling tinggi...kibaran kepaknya juga memberi kebahagian di hati-hati manusia lain..
Kegembiraan yang tak terkata.. Kebahagian yang tak terkata..
Tapi harus juga kau ingat..
Harap kegembiraan yang aku alami ini bukan perkara yang melalaikan diri dan jiwa..
Harap juga kebahagian yang aku alami ini bukan menjauhkan aku daripada mengingati pencipta ku tapi terus untuk lebih dekat dan bertaqwa pada-NYA..
Allah swt yang satu, yang MAHA BESAR mencipta tiap sesuatu dengan hikmah serta sebab tertentu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Jadi BERSYUKURLAA selalu~
#SHAR
#salahtego2laa


Izinkan TUMBUKAN PADU KECILKU INI MENGHENTAK HATI-HATI❤️❤️ mereka (hurm hiperbola sgt ayat kau ni๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…, maaf ini sekadar bayangan pemikiran ku saja๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜, jika bisa ku hentak kasi gegar, ku gegarkan seisi dunia๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ)
.
Yang sedang leka akan dunia, tidakkah engkau tahu dunia sudah tiba pada penghujungnya..

Yang suka mencarut tanpa sedar dan sedar, mohon TAMPAR bibir pun dan pesan laa PERBANYAKKAN ZIKRULLAH itu lebih PERLU kau lakukan..

Yang harus MENJAGA DIRI SEBAIKNYA sebagai wanita, kerana manusia itu datang dan pergi tunjukkan saja AKHLAK YANG BAIK yang boleh dijadikan ikutan pada semua..

Yang sedang merasa lelahnya hidup kerana rasa disakiti dan peringat diri supaya jangan pernah kau lakukan perkara yang sama disekeliling mu..

Yang sedar mendidik hati tentang kesabaran itu bukan mudah, tapi masih berusaha kerana GANJARAN KESABARAN ITU BESAR pada sisi-NYA..

Yang mengetahui sekecil-kecil DOSA juga bakal menjadi besar andai sering dilakukan, lakukan saja kebaikan yang memberi PAHALA kepada mu..

Yang masih mencuba untuk memperbaiki diri tiap detik kerana MENGEJAR SYURGA ITU bukan MUDAH dan MURAH tapi teruskan..

Yang merasakan KEMATIAN itu lebih perlu kau fikirkan daripada jodoh yang tak perlu pun kau risaukan adakah ia kunjung tiba atau pun tidak..
.
SEMOGA HENTAKAN INI ada MANFAATNYA kepada pembaca..
Sekadar kata-kata yang bermain di benak fikiran dikala waktu menginjak 3.00 pagi๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
#SHAR
#salahtego2laa


Sunday 15 July 2018

Sahabat itu cerminan diri

SUDI TAK AWAK TERIMA LAMARAN SAYA?? UNTUK AKHIRAT BUKAN UNTUK DUNIA..
(Haah ye, mmg ske merepek sikit๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚)
sebab dunia ni hurmm..๐Ÿ˜ข
Dunia di luar begitu kejam untuk kau masuki..
Dengan rencah duniawi yang tidak terhingga..
Dengan nafsu yang mengejar kehendak melebihi kepada keperluan..
.
Harap kau lebih tabah..
Tabah untuk menghadapi sifat-sifat manusia durjana..
Manusia~
Jangan pernah kau membencinya..
Jangan sekali..
Walau elok penampilannya,
Walau cantik tingkah laku baiknya hanya di depan mu..
JIKA MANUSIA TIDAK MELETAKKAN ALLAH PADA TINGKAT TERATAS DI DALAM HATI❤️❤️..
Mereka masih manusia yang lemah, yang lemah pada iman, yang lemah pada taqwa, yang lemah mengawal nafsu sendiri..
Tapi bencilah kamu pada sifatnya..
Sifat-sifat mazmumah..
Sifat-sifat yang meletakkan murka ALLAH swt..
Sifat-sifat yang MENDEKATKAN DIRI dengan NERAKA..
Manusia itu sifatnya lemah jika tidak selalu dekat dengan-NYA..
LINDUNGI SAJA DIRIMU SEBAIKNYA..
Yakin lah!!
Yang MAHA MELINDUNGI sepenuhnya hanya ALLAH swt..
Elakkanlah diri dari FITNAH DUNIA..
Elakkanlah diri dari FITNAH MANUSIA juga..
Oleh itu, AKU KAU harus lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan dunia, kerana DUNIA ITU UJIAN..
HATI-HATI sajalah... mana boleh ELAK-ELAK.. mana boleh JAGA-JAGA๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
#SHAR
#salahtego2laa


MENUJU BAIK ITU BAIK๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜..
MENJADI BAIK ITU JUGA ADALAH LEBIH BAIK๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜..
Jadi perbaiki saja dirimu lagi dan lagi hanya untuk-NYA..
Kerna aku juga sedang memperbaiki diriku lagi dan lagi untuk-NYA jua..
Kerna aku ingin menjadi seseorang yang tiba saatnya.. kau merasa bertuah memilikiku..
Kerna aku juga ingin sekali menjadi bidadari teragung dimahligai syurga mu kelak..
Kerna aku sedar untuk menjadi bidadari syurga itu bukan mudah dan murah..
Jadi aku harus berusaha..
HARUS!!
Bukankah kau tahu, manusia itu lemah.. iman juga adakalanya turun dan naik..
Ia aku tahu itu, kau juga...
Jadi aku memerlukan kau..
Kau yang kuat untuk menjaga ku hanya kerana-NYA..
Menjaga yang adakalanya rasa hati yang bercelaru..
Menjaga pemikiran ku yang adakalanya melampaui batas dari pemikiran yang lain..
Menjaga saat-saat rasa lemahnya diri ini..
Apa perlu??
Perlu aku salurkan sedikit kekuatan yang aku ada untuk kau lebih kuat??
Tapi bagaimana caranya??
Dengan mendekat itu bukan caraku..
Dengan berbual mesra juga bukan caraku..
Tetapi jika ada hal-hal yang ingin ditanyakan aku akan terus bertanya..
Hanya dengan menDOAkanmu saja cara terbaik yang boleh aku lakukan..
Kuatnya dirimu bukan untuk siapa-siapa, hanya untuk-NYA.. kuatnya dirimu jua untuk menguatkan mereka yang berada disekelilingmu..
BERDOA SAJALAH...
KERNA APA YANG KAU CARI tidak semestinya KAU BAKAL MEMILIKI..
TAPI APA YANG KAU MILIKI ADALAH KURNIAAN YANG TERINDAH dari-NYA๐Ÿ˜๐Ÿ˜
#SHAR
#salahtego2laa


Friday 22 June 2018

Perlahan-lahan perbaiki diri in syaa allah

Pernah rasa??
Pernah rasa tak diri tak guna, bila tengok orang khusuk dengan fon khusuk dengan movie.. padahal azan dah habis, diri sendiri pun dah siap.. tapi yang lain tak gerak mana.. masih dengan aktiviti tadi.. nak cakap, nak sangat.. bagi hint tapi macam tak nampak jer๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”.. end up hati aku sendiri sakit ๐Ÿ’”๐Ÿ’”aku pun pergi kat tangga menangis..menangis sebab rasa tak guna tak mampu nak cakap๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Pernah tak??
Kau keluar dengan member dah nama dengan member mestilaa nak beseronok, lagha tu opkos..
Masa bunyi azan masih ditempat yang sama..
Kau pulak rasa nak lari.. nak cari tempat solat..atau pun masih dalam kenderaan.. tak kisah laa kat mana2 pun..tapi macam ada tempat solat berdekatan.. tapi bila ikut orang kau tak boleh buat apa-apa.. end up sakit lagi ๐Ÿ’”๐Ÿ’” kau tak dapat solat awal waktu, atau pun lebih tepat.. kau solat hujung waktu..hurm rasa tak guna nya diri ni, nangis hujung pintu kereta.. menangis lagi.. lemahnye hati kau๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ขkenapa kau tak berani cakap.. member kau jer pun.. cakap laa.. cakap..kan waktu tu boleh ejas..
Hurm kan dah cakap rasa tak guna dekat diri.. sebab tak berani cakap..
Maklum laa ikut orang bukan ikut kita..
Sebab tu jarang keluar, suka jer jugak jalan sorang-sorang, tak perlu tunggu orang.. kalau kau nak lari tang tu jugak kau lari.. tak de laa rasa besalah nk tinggalkan sesuatu tempat bila nak jaga hati member..tak pun kau lari2 kang tetiba kena tinggal๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
Awak~
Saya ni dah laa tak kuat, tak de keberanian.. apa salahnya awak jaa ingatkan saya ni haa.. bila azan, jom korang solat dulu๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ sembang nanti2 boleh.. psstt!! Ni kalau diri sendiri abc lain citer laa rasa diri aman sikit, tapi tengok orang tak aman, nanti kat akhirat kena soal.. kenapa tak ingatkan member SOLAT AWAL WAKTU?? SEDANGKAN KAU TAHU..
Tau kan ingat mengingati tu perkara BAIK☺️
Awak ingatkan saya, saya ingatkan awak๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
#SHAR
#salahtego2laa


MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Umpama juga akal fikiran diberi untk kamu berfikir pada tempat yang sepatutnya..
Sama ada ingin melakukan kebaikan atau kejahatan??
Ingin menyanyangi atau melukai??
Ingin kejayaan atau kegagalan??
Ingin menjadi orang berilmu atau ilmu kosong di dalam dada??
Ingin diperlihat orang atau ingin menyembunyi??
Ingin jadi seorang perempuan murah atau mahal??
Ingin jadi wanita teragung rumh tangga atau perampas rumah tangga orang?
Ingin pahala atau ingin tambah dosa??
Ingin jadi manusia yg kejar akhirat atau dunia??
Ingin jadi anak soleh atau derhaka??
Dan jika ingin dihargai harus menghargai orang lain..๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰ begitu juga ingin bahagia bukan menjadikan orang lain derita atas kebahagiaan sendiri๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
FIKIR!! MANUSIA DIBERI AKAL oleh ALLAH swt UNTUK BERFIKIR DAN SEMUA KEPUTUSAN TU ADA DI TANGAN SENDIRI๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Wednesday 20 June 2018

Hanya luahan ku

Andai BISA KU PETIK GITAR MENGIKUT ALUNAN LAGU CINTA KITA, serta mencorakkan jalan hidup kita yang begitu indah...
Izinkan, walau ku sedar petikan ini sumbang๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ
.
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu..
Jika kau hilangkan agama dalam dirimu..
Maka hilanglah cintaku padamu ..
Tidakkah kau tahu cinta tidak pernah meminta kerana ia sentiasa memberi..
Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam dan tidak pernah membalas dendam..
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan dan kebencian pula hanya akan membawa kepada kemusnahan..
Tapi perlu juga kau tahu, aku tidak ingin mencintaimu melebihi cintaku pada-NYA..
Aku juga tidak ingin mencintai seseorang sebelum ikatan suci itu terjalin..
Rasa diri begitu murah tika mencintai seseorang yang belum pasti๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Kerana aku juga khuatir, cinta yang melebihi-NYA hanya akan membuatkan DIA menarik rasa cinta itu sebelum waktunya..
Sekali lagi ku ulang.. tidak ingin rasanya๐Ÿ˜ข
Mungkin hanya aku yang merasa begitu tapi tidak engkau..
NIAT DI HATI HANYA INGIN MELETAKKAN RASA CINTA NO.1  pada yang ILAHI..
Kerana cinta itu lagi perlu aku jaga dari cinta manusia..
.
Psstt!! Tak tau pulak awe begitu romantik, abaikan kepada perkara yang tidak bermanfaat๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..
#SHAR
#salahtego2laa


IKHTILAT...
Awak.. kalau dengan awak pun saya tak mampu jaga ikhtilat What you expect pergaulan seorang perempuan tu dengan lelaki lain atau pun pergaulan seorang lelaki itu dengan perempuan lain??
Tidak juga ku ingin membuahkan rasa cemburu dalam hati yang selayaknya telah ditetapkan untukku..
Ini hanya sekadar pemikiranku saja.. pemikiranku dan pembaca juga lain, tapi andai tercuit di dalam hati ingin berubah kepada kebaikan alhamdulillah๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Sebab saya disini masih mencuba, jadi kita sama-sama cuba☺️☺️
Kerdilnya diri ini hanya mahu menjaga diri sebaik mungkin..
Kerdilnya diri ini tidak mahu sekali ALLAH swt itu murka walau sikit pun..
Kerdilnya diri ini juga kerana tidak ingin membenihkan mutiara-mutiara maksiat di dalam hati manusia lain..
Kerdilnya diri ini cuma mengharap andai yang disini menjaga yang disana juga menjaga diri sebaiknya..
Manusia adakalanya keinginan tidak selari dengan kelakuan, maaf~๐Ÿ˜”..
.
JAGALAH DIRI MU SELAYAKNYA๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
ALLAH swt juga menjaga hambanya dengan PENUH KASIH SAYANG..
Kenapa kau tidak menyanyangi dirimu selayaknya..
Kenapa juga perlu menjauhkan diri dari pencipta mu??
Dekatkan saja, semoga kelak jatuhnya aku ke dalam neraka tidak selama yang disangka.. mungkin juga kau dulu yang akan keluar dari neraka..
#SHAR
#salahtego2laa


Monday 18 June 2018

Pesan pada diri pesan pada hati

Pesan pada diri..
DIDIK HATI BAIK-BAIK...
kerana hati yang baik akan mengeluarkan lisan yang baik-baik saja..
prasangka yang baik-baik saja kemudian diterjemah dengan tingkah laku yang baik juga..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
.
Pesan juga pada lidah..
Mohon CAKAP YANG BAIK-BAIK SAJA atau lebih baik diam..
Kerana mungkin saja satu patah perkataan yang tidak bermanfaat dan tanpa berfikir panjang bakal mendekatkan diri kita serta melayang-layang kita ke dalam neraka๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข..
Tapi sekarang bukan pada lidah saja tapi tiap-tiap taipan yang kita lakukan  di mana-mana juga harus berhati-hati..
Andai lisan ini mengeluarkan kata-kata yang tajam.. Beribu kali  MAAF ingin diungkapkan..
Andai penulisan ini menembak hati-hati kecilmu juga MAAF sekali lagi..
Bukan apa sering kali cuba berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukan.. tapi sering kali juga tersasar..
.
MAKA HATI-HATI LAA dalam menjaga hati, kerana hati yang baik tidak akan mengeluarkan lisan yang tidak baik..
#SHAR
#salahtego2laa


Usahlah kau mengira detak detik waktu..
KEMATIAN TIDAK MENGENAL USIA..
Ada yang muda-muda sudah meninggalkan dunia..
Yang tua apatah lagi๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Sebelum matinya menghampiri kita..
Kuatkan diri dengan amal yang ada, amal yang kau boleh kongsi bersama..
Kuatkan diri juga dengan ilmu di dada.. ilmu yang memberi manfaat kepada semua☺️☺️
USAHA TU PERLU, USAHA TU WAJIB!!
jangan sekali kau lemah..
Kuat laaa..
Kuat!!!
Bukan untuk manusia lain, tapi untuk kau sendiri...
Kuatnya kau untuk mencipta generasi baru๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Ilmu ada kan, ilmu bermanfaat.. cari!!! Dan kongsi..
Jangan pernah sekali kau lemah, dan jangan juga disebabkan kau lemah kau turut mengajak orang lain..
MOHON JANGAN!! SEKALI LAGI JANGAN~
Kita hadap realiti bersama, memang realiti mu dan realiti ku tidak sama..
Tapi kau aku dan kamu harus KUAT!!
Fikir!! Generasi baru akan lebih mencabar..
Bagaimana nanti generasi anak kita andai kau lemah sebegini๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
KUAT LAAA KAU AKU DAN KAMU ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป
Sebelum pergi meninggalkan dunia, pastikan ada amal dan ilmu yang boleh kau salurkan walaupun sesudah kematian mu..
#SHAR
#salahtego2laa


Tuesday 29 May 2018

Jadilah seperti bunga yang berduri

๐Ÿ€ILMU๐Ÿ€
ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan umpama BUNGA ROS ๐ŸŒนYANG CANTIK MEMPUNYAI DURI YANG SANGAT BERHARGA UNTUK DIMILIKI, kalau ingin juga kena memetik dengan berhati-hati kerna takut duri melukai diri ini..
dan tika kau petik kau hanya melihatkan kecantikan dia tanpa menjaganya dan membiarkan ia layu begitu sahaja..
Kemudian kau buang tanpa rasa sesal..
Tapi~
.
Andai ilmu yang bermanfaat, diamalkan walaupun yang kau tau hanya sedikit tetapi berkongsi dengan yang lain umpama BUNGA KERTAS yang biasa-biasa, wangian biasa-biasa dan TIDAK SECANTIK BUNGA ROS.. yang kau petik juga tapi,
kau still biarkan ia layu dan kering...
Tapi bila ia kering kau jaga dia, kau jadikan ia popuri yang wangi yang boleh mewangikan orang sekeliling๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜atau pun kau jadikan ia sebagai hiasan dinding yang boleh dilihat orang sekeliing...๐Ÿ˜๐Ÿ˜
#SHAR
#salahtego2laa


Aku jahat wey, tak macam kau.. kau baik๐Ÿ˜”
Kau layak dapat lagi baik dari aku๐Ÿ˜”..
Macam mana nak jadi baik macam kau๐Ÿ˜”?
.
Dah kenapa??
Aku dah penat laa๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ
Penat jumpa manusia yang macam ni, bukan sorang dua, ramai๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Mohon jangan buat titis-titis air mata aku untuk mengalir lagi..
Apa salahnya aku?
Apa salahnya kau?
Kau baik dengan cara kau sendiri..
Aku pun baik dengan cara aku sendiri..
Mohon jangan pernah banding-bandingkan diri awak semua dengan yang lain..
Aku pun ada dosa aku sendiri dengan-NYA..
aib aku, buruk aku๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
Kita semua pun PENDOSA yang berlumuran dengan dosa.. tak pernah lepas..
Cara nak hilangkan macam mana?? Isthigfar.. solat taubat serta menangis sesungguhnya atas dosa yang kau pernah lakukan.
KAU BAIK, AKU BAIK..
Dan belum tentu pun mati aku dalam kebaikan๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ..
Tapi teruskanlah BERDOA semoga KITA SEMUA MATI DALAM KEBAIKAN dan DALAM REDHANYA๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡
#SHAR
#salahtego2laa


Tuesday 22 May 2018

Merenung indahnya lautan

TIKA KAU MERENUNG KE LANGIT MELIHAT AWAN⛅⛅ YG BERGERAK MENGIKUT TIUPAN ๐Ÿƒ๐ŸƒANGIN~
.
tika itu juga fikiran ku berfikir,
jika kehidupan kau hanya mengikut flow yg ada.. seronok kah๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•? Kehidupan ini kau yang corakkan selari dengan takdir ALLAH swt mngikut QADA' & QADAR,
qada' yg memang telah ditetapkn,
Antaranya kematian, jantina, lahir dari keluarga bagaimana..
manakala qadar adalah sesuatu ikhtiar yg kau boleh ubah dengan usaha yg sesungguhnya๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜,
Kejayaan, jodoh, pekerjaan bagaimana..
jika kau pilih jalan yang baik maka baik laa ia..
tapi andai kau pilih jalan menuju ke arah kemaksiatan, kemungkaran..
aku harap kau berubah๐Ÿ˜ข
berubah untuk kenal diri,
siapa kau sebenarnya dan cari REDHA ALLAH swt..๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰
#SHAR
#salahtego2laa


Dalam mengorak langkah kehidupan BERHATI-HATILAH๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Kerana apa??
Banyak pahit dari manis๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Tapi kemanisan itu membahagiakan..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Dan setiap langkah-langkah pilihan yang kau buat menentukan siapa engkau yang sekarang..
Jadilah hamba yang dekat dengan-NYA..
Jadilah manusia yang berguna pada yang lain..
Jadilah juga diri ini titik pada mengajak yang lain melakukan kebaikan..
Memang๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”..
kita tak sempurna,
dan takkan pernah sempurna..
Tapi salahkah jika pilihan kita untuk cuba menjadi yang sempurna??
Tak sempurna dimata orang ini,
mungkin sempurna dimata yang lain๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Kehidupan itu satu langkah yang kau pilih mahu jadi yang macam mana...
.
PILIH SAJA YANG BAIK-BAIK, LANGKAHI SAJA LANGKAH-LANGKAH YANG BAIK tak rugi pun wak๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰
#SHAR
#salahtego2laa