Friday, 20 July 2018

Langit saja bisa bercerita

MENGGAPAI LANGIT SAJA DIRI INI TIDAK MAMPU😒😒..
Tapi izinkan untuk aku melakar keinginanku, impianku di dalam hatiku kemudian aku SWICTH ON the BUTTON supaya menjadi kenyataan dan sudah semestinya atas KEHENDAK ALLAH swt, USAHA juga perlu untuk dititik beratkan..jangan lupa itu!!
Kerna ALLAH pandang walau sekecil apa pun ia😍😍..
Sama dengan langit yang kosong berwarna biru kemudian dihiasi dengan pelbagai bentuk awan, yang adakalanya berbentuk seperti bayi, binatang, adakalanya juga kosong tanpa bentuk apa pun..
Tapi masih kelihatan cantik ciptaan ALLAH swt itu..
Cantik lagi takdir yang ALLAH swt telah tetapkan untukmu juga untukku..
Sama juga tika kau lakar keinginanmu, impianmu.. lakar juga DOSA-DOSA yang pernah kau lakukan..
Kerna setiap keinginanmu belum tentu ke arah kebaikan mungkin saja perkara-perkara yang boleh mendatangkan DOSA..
impianmu juga..😊😊
Kenapa begitu??
Bila kau lakar dosa-dosamu, barulah kau mula sedar yang dosa itu begitu banyak 😒😒
Aku harus dan perlu BERTAUBAT sentiasa dan taubat bukan suka-suka boleh ditangguhkan, bukan juga suka-suka boleh sambil lewa..
SESEGERALAH KAMU..
Kerana kematian tidak mengenal usia walau masih banyak keinginan serta impianmu yang ingin kau capai..
Aku cuma berpesan pada diri, dan semoga apa yang tertulis sentiasa diingati sampai bila-bila serta rujukan pada masa akan datang😘😘
#SHAR
#salahtego2laa


JADILAH SEPERTI BUNGA YANG MEMBERI KEHARUMAN BAHKAN KEPADA TANGAN YANG MENGHANCURKAN..
.
Wanita itu cantik..
Wanita itu hatinya lembut dan rapuh tika mencintai seseorang..
Wanita itu sifat penyayang melebihi segalanya..
Wanita itu adakalanya tidak mengenali bagaimanakah ia sebenarnya..
Wanita itu seperti mekarnya sekuntum bunga yang mewangi serta menarik kumbang untuk hinggap di kelopak serta menghisap madunya..
Wanita itu penuh dengan perasaan..
Wanita itu insan yang kuat dimana lelaki juga tidak mampu untuk menandinginnya..
Wanita itu adalah ibumu, kakakmu, adikmu juga saudaramu..
Atas sebab apa kamu perlu menyakitinya??
Atas sebab apa kau tidak menghargainya??
Maka HARGAILAHH sementara masih ada..
SAYANGILAHH sebelum ajal menjemput tiba..
maka kau akan dapat merasai kenikmatan yang selayaknya..
😘😘 😘😘
#SHAR
#salahtego2laa



No comments:

Post a Comment