Monday, 18 June 2018

Pesan pada diri pesan pada hati

Pesan pada diri..
DIDIK HATI BAIK-BAIK...
kerana hati yang baik akan mengeluarkan lisan yang baik-baik saja..
prasangka yang baik-baik saja kemudian diterjemah dengan tingkah laku yang baik juga..😊😊
.
Pesan juga pada lidah..
Mohon CAKAP YANG BAIK-BAIK SAJA atau lebih baik diam..
Kerana mungkin saja satu patah perkataan yang tidak bermanfaat dan tanpa berfikir panjang bakal mendekatkan diri kita serta melayang-layang kita ke dalam neraka😢😢..
Tapi sekarang bukan pada lidah saja tapi tiap-tiap taipan yang kita lakukan  di mana-mana juga harus berhati-hati..
Andai lisan ini mengeluarkan kata-kata yang tajam.. Beribu kali  MAAF ingin diungkapkan..
Andai penulisan ini menembak hati-hati kecilmu juga MAAF sekali lagi..
Bukan apa sering kali cuba berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukan.. tapi sering kali juga tersasar..
.
MAKA HATI-HATI LAA dalam menjaga hati, kerana hati yang baik tidak akan mengeluarkan lisan yang tidak baik..
#SHAR
#salahtego2laa


Usahlah kau mengira detak detik waktu..
KEMATIAN TIDAK MENGENAL USIA..
Ada yang muda-muda sudah meninggalkan dunia..
Yang tua apatah lagi😢😢
Sebelum matinya menghampiri kita..
Kuatkan diri dengan amal yang ada, amal yang kau boleh kongsi bersama..
Kuatkan diri juga dengan ilmu di dada.. ilmu yang memberi manfaat kepada semua☺️☺️
USAHA TU PERLU, USAHA TU WAJIB!!
jangan sekali kau lemah..
Kuat laaa..
Kuat!!!
Bukan untuk manusia lain, tapi untuk kau sendiri...
Kuatnya kau untuk mencipta generasi baru😘😘
Ilmu ada kan, ilmu bermanfaat.. cari!!! Dan kongsi..
Jangan pernah sekali kau lemah, dan jangan juga disebabkan kau lemah kau turut mengajak orang lain..
MOHON JANGAN!! SEKALI LAGI JANGAN~
Kita hadap realiti bersama, memang realiti mu dan realiti ku tidak sama..
Tapi kau aku dan kamu harus KUAT!!
Fikir!! Generasi baru akan lebih mencabar..
Bagaimana nanti generasi anak kita andai kau lemah sebegini😢😢
KUAT LAAA KAU AKU DAN KAMU 💪🏻💪🏻
Sebelum pergi meninggalkan dunia, pastikan ada amal dan ilmu yang boleh kau salurkan walaupun sesudah kematian mu..
#SHAR
#salahtego2laa


No comments:

Post a Comment