Wednesday, 13 November 2013

Satu Perasaan Satu Hati

saat apabila ada satu perasaan yang timbul yang kita tak dapat tafsir kan pon perasaan apa itu??
hari nie kita akan bercerita tentang perasaan.. ye betul perasaan apa itu?? perasaan ingin bercinta?? tetapi kita tahu nak guide dia macam mana, jangan sampai terjerumus ke tempat yang tak sepatutnya, dan belum berhak untuk dimiliki..

yee bagi saya memang kadang-kadang susah nak kawal benda tu, tapi kita boleh fikir secara rasional kan,saya tak kan biarkan perasaan menyukai seseorang tu akan membawa kita jauh dari ALLAH s.w.t..bak orang kata kalau kita sayang seseorang kita tak nak bawa dia ke jalan neraka kan..




ramai perempuan sekarang begitu mudah untuk memberi hati, perasaan kepada seorang ajnabi yang belum tentu sah ditakdirkan dia..

tapi kenapa??
korang tak rasa ke itu merupakan pembaziran waktu??
pembaziran hati??

atau korang memang suka dihanyutkan oleh satu perasaan yang semestinya merupakan salah satu cara syaitan untuk kita terus jauh dari ALLAH s.w.t???

adakah begitu indah??
seronok??

tepuk dada tanya iman jika kita tak mahu dimurkai oleh ALLAH s.w.t kita tidak akan membuat perkara yang dibenci olehNYA..
hatta kita merupakan tunang orang sekali pon...
kita kena pandai jaga..

saya tahu kadang-kadang memang kita suka untuk melayan perasaan yang entah apa-apa tapi ingat jangan melampaui batas..saya pernah merindui seseorang yang mungkin dia tidak tahu pun, adakah berbaloi bagi diri yang lemah nie dan bagi saya memang perasaan itu tidak berbaloi langsung..dapat pahala ke?? kalau dapat pahala itu baru berbaloi..

korang-korang tau tak kita sepatutnya sebagai wanita ehem~ (perempuan) kalau boleh biar jadi mahal jangan sewenang-wenang menyerahkannya, bukan yang dimaksudkan tubuh badan tapi hati pon jangan serahkan selagi tidak sah...



bagi aku selagi kau bukan menjadi yang sah untuk aku, aku tak nak dan tak kan serahkan hati aku dekat kau, dan  kalau boleh berada di bawah sekali. contoh saya bagi secara peratus laa..



ALLAH s.wt <3 <3 <3 <3 <3 
RASULULLAH <3 <3 <3 <3
KELUARGA, IBU, BAPA <3 <3 <3 
DIRI SENDIRI <3 <3
mungkin LELAKI yang kita SUKA <3 

pastikan kita letak ALLAH s.w.t carta yang tertinggi dan nombor SATU DALAM HATI KITA...
sebab apabila kita dah letakkan ALLAH s.w.t
yang lain akan turut serta sekali..(faham tak)
korang dah besar mesti fahamkan..

kadang-kadang pelik juga orang yang berpenampilan nampak baik pun boleh buat perkara 
yang tak betul..

tu sebab apa?? 
nafsu??
terlalu mencintai??
atau apa??
  
salah ke..biarlah kita mencintai dia sekali pon kalau dah jodoh tak kan kemana..
jadi kita boleh cuba pisahkan perasaan tu dari kita dan terus maju untuk mencapai cita-cita dulu.
buat satu perkara yang ALLAH s.w.t suka DAN membahagiakan ibu bapa terlebih dahulu..
insyaallah perkara yang  baik akan datang kepada kita..


maaf aku bukan seorang pelajar sastera (aku merupakan pelajar pemasaran okey ^^,) yang boleh menulis dengan baik dan juga bukan untuk cuba bermadah..hanya luahan rasa yang ingin aku ketahui bagi pihak perempuan..dan adakah lelaki juga merasakan benda yang sama kalau berada di situasi yang sama??
korang boleh bagikan pendapat ye??
pendapat korang amat ingin didengari...
sekian terima kasih ^^,

 cotcet2 by cik SH...




No comments:

Post a Comment