tarikh keramat pada 14 NOVEMBER 2013
calling2 punya pasal dia ajak laa aku keluar dalam pukul 3 macam tu sempena cuti sem nie dah bosan kan duduk rumah jadi dia ajak laa berjalan pergi tengok wayang...
dia nie kalau nak ajak keluar tu tang2 tu jugak bukan nak cakap dari pagi ke ish3...
dengan pantasnya aku pun bersiap laa..pantas uh aku bersiap, biasanya aku ambik masa sejam awal kalau nak keluar mana-mana hatta aku pergi kelas pon..kalau kelas mula pukul 8 pagi aku mandi laa pukul 7 pagi, dan tak suka kalau buat secara tergesa-gesa biar tertib haha~ tapi kalau dah terlewat tu dalam masa 15 minit pon boleh siap, tu laa masa yang paling awal kot haha~ awal laa sangat kan kalau lelaki macam mana pulak cer citer cer citer kke~ :p
okey salah topik dah tu bukan cerita asal ye kawan-kawan semua..
kitorang rancang nak tengok wayang awal tapi jadi lambat pulak coz keluar jer dari rumah tu singgah klinik dulu nak ambil ubat untuk adik dia.. lama tau tak tunggu nak dekat sejam perghh!! bapak giler panas sebab aku tunggu dalam kereta ingat kan sekejap..ambil ubat jer pon...last2 aku keluar laa nak tengok dia dah siap ke belum dan3 aku masuk jer dalam klinik diorang pun dah nak keluar, agak menguji kesabaran di situ..nasib baik aku penyabar huhuhu~
kitorang pergi tengok wayang di SETIA CITY MALL Kuala Selangor...
nie lepas habes tengok wayang walaupun aku tak tengok sampai habis kan hukhuk,kitorang bukan pergi berdua jer tapi dengan adik-adik fatin nie haa ABIL & ANIS |
dan merupakan pengalaman pertama aku berbuka puasa dalam panggung wayang..macam tak betul jer kan hakhak..( puasa sunat sempena 10 muharam nie) tiket pukul 6.40 P.M.. giler kan kau hawe mana kau campak magrib kau ish3!!! tak elok tau tak kau lewat kan solat kau..kau nak jadi manusia apa nie..*DUSH TUMBUK DIRI SENDIRI!!
cerita wayang yang kitorang tengok |
cop!! aku ingat lagi kat diri sendiri dunia nie sementara wey, jangan kau layan sangat..
kitorang samapai dalam pukul 5.30 cam tu..sementara tunggu wayang mula kitorang main la bowling dulu lepas kan gian ahaxs!! ye laa setaun dah tak main bowling teringin laa pulak kan..
main-main aku tak menang pon kawan aku yang menang..aku bukan reti main,main untuk suka-suka jer huhu~
yea!! beli-beli makanan kitorang pun masuk dalam 6.45 lambat sikit laa nak habis kan bowling dulu, menu berbuka aku nugget dengan karipap, besar giler karipap dia inti ayam dengan telur RM2.80 berbaloi laa kot.. macam aku cerita tadi tak kan aku nak duduk kat dalam panggung wayang tu sampai habis waktu magrib giler ke apa hukx..dalam pukul 7.30 lebih macam tu aku pun keluar laa pergi ke tempat solat pusing2 jugak laa walaupun baru jer kejap tadi solat asar dekat situ..cerita orang putih best kot, ada kuasa-kuasa tapi tak pe laa kau tunai kan dulu ibadah yang wajib tu yer,bawak ke syurga kan, wayang tu tak de apa hal sangat laa.tapi rugi tang duit jer la kan..aku solat magrib terus dengan isyak kat situ jer laa alang-alang magrib dengan isyak jarak dia bukan lama pun..
akhir sekali lepas jer tengok wayang kitorang pun balik laa tapi teringin pulak nak makan pizza hut yang baru tu,, jadi balik tu kitorang pun singgah la dekat pizza hut kapar..
dekat sini laa perkara tragis yang berlaku memang malu laa kan hukxs mana tak malu...order-order bajet dalam RM37 macam tu jer.. last2 over bajet plak campur cukai dan ada sedikt kesalah fahaman masa nak order tu...haa mengelabah kitorang..mana nak cekuk duit nie wey!!! tak cukup lagi RM6 sapa-sapa tolong laa.. yang aku nie call laa kawan aku banyak kali asal tak angkat nie..muka masam dah tu tak tau nak buat apa..kalau korang,korang buat apa??
yang kawan fatin pun tak dapat nak tolong, meraung wey!!! nak buat apa nie?? T_T
bincang-bincang asal nak pinjam duit kat pekerja dekat situ tapi kitorang bayar guna melalui share topap laa..kredit aku sentiasa banyak jer jarang mesej sapa-sapa..boleh laa kan kira aku punya idea tu,
nie la pizza yang kitorang order dengan float aiskrim,float nie yang menyebabkan kesalah fahaman huh!! |
DIALOG berbunyi
HAWA : tin aku cadang kita cakap jer laa kat adik tu (adik laa kot pekerja pizza hut tu la)
FATIN : ko nak cakap apa??
HAWA : macam nie apa kata pinjam kat adik tu duit, tapi nanti aku bayar guna share topap aku laa..
FATIN : boleh ke macam tu pergi la panggil budak tu (padahal muka cuak dah,berdebar-debar giler)
lama fatin fikir, macam mana nak panggil budak tu nie, aku pon tak tau huhu~
FATIN : kau nie tengah macam nie pun boleh makan lagi, aku dah tak de selera tau tak *xtau2 haha~
HAWA : habis tu nak buat macam mana, erm~ (aku dengan rase huaarrgghh!! ape aku nak buat nie, apa aku nak buat nie, malu habis dah tu, tak de duit nak bayar)
FATIN : adik sini kejap nak cakap nie, tolong bungkus nie (awe cepat la cakap) *sambil tengok kat aku nie haa..
HAWA : awak macam nie kitorang punya bajet tak cukup coz kira2 tadi ingat RM37 jer nie dah terlajak RM43 kitorang tak cukup duit (cakap nada perlahan tak nak kasi orang dengar) ingat nak pinjam duit adik nak bayar tapi nanti saya bayar kat adik guna share topap..
PEKERJA PIZZA HUT : maaf kak saya tak de duit, purse pun x bawak (macam tak leh percaya jer ciiss!! boleh tak bawak purse pergi kerje dalam hati aku laaa)
FATIN : tak kan tak de kot dik..
PEKERJA PIZZA HUT : tak de kak, apa kata saya cakap dengan manager jer dia sporting boleh bawa berbincang..
FATIN : ala tak payah laa..adik pinjam ke kat kawan adik tak kan tak boleh..
cotcet3 panjang plak sketsa tak bertauliah yang aku taip nie..bincang-bincang ngan adik tu kitorang pun mengalah laa boleh laa dik jumpa manager tu *muka hampa dah..malu laa nak jumpa manager pizza nie, nak lari angkat kaki dah nie..kke~ tapi mana boleh..sementara menunggu adik tu pun suruh kitorang makan dulu sebelum manager datang, makan laa dengan hati yang tak berapa enak, DUG DAG DUD DAG~
haa~ manager pun datang laa sambil berkata ye ada ape masalah..kitorang pun cerita la dari A sampai Z kan, selepas itu manager cakap tak payah risau, tak payah laa buat muka sedih,sebelum nie pun ada jugak pelanggan yang tak cukup duit salah bajet katanya,
fuhh!! punya laa malu dia kata tak pela kira saya belanja jer tak payah risau, dalam hati tu dah tak kata apa dah syukur!! heaven kejap, baik jugak manager nie untung dia tak suruh cuci pinggan haha~
kitorang pun nak cepat dah lambat nak balik ye laa nak dekat 10.30 kot stuck kejap..pape pun TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MANAGER SAYANG ANDA!! ahaa~ dapat pahala bantu kitorang nie, pahala ambik kat syuga nanti ye huhu~ padahal tak tau pun nama manager tu tag tu memang kitorang tak pandang la kan.. hati cakap satu jer *cepat laa balik!! malu tahap gaban dah nie..boleh pulak kitorang cakap nak bungkus kat manager tu ye laa terus tak de selera kot nak makan bila tengok tak cukuo duit..dah bungkus tu ingat nak terus blaa laa nie, tak sangka pulak manager tu ada kat kaunter siap cakap terima kasih lagi~ *ciss!! perli ke ape??? takkisah2 aku nak angkat kaki nie tak pandang orang dah..malu seyh~ masuk jer kat kereta meraung uhh malu, fatin siap cakap lagi kenangan terindah nie padahal dia cuaakk habis kot kat dalam tu. memang tak jejak la dah kat pizza hut tu
tu laa yang pling tragis la bagi aku, tak pernah terjadi kot..
maaf laa ye kitorang sebagai anak dara nie terpaksa pulang lewat bukan suka-suka pun tak suka laa, jangan ikut ye, anak dara tak elok keluar malam-malam nie ahaa~
PERINGATAN : pape pun laingkali kena bawa duit lebih kalau nak ke mana-mana tu ye biar tak terjadi lagi perkara macam nie..
cotcet2 by cik SH
No comments:
Post a Comment