Tuesday, 6 December 2016

Hati Aku, Luahan Aku

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberi rezeki untuk bernafas dimuka bumi Allah swt yang luas nie..
Rasa lama betul dah tak update blog, bersarang dah.. tak pe, blog tak femes. Just ade rasa nak bercerita dan menaip..
Haa ke main panjang..
Kali ni just nk cerita tentang hati aku, luahan aku yang kadang-kadang aku lebih suka pendam dan tak nak aku kongsi dengan orang lain..

Hati aku?? Entah.. kadang-kadang aku pun tak kenal diri sendiri, tujuan hidup untuk apa?? Apa yang kau nak dalam hidup..
Bagi aku, aku mudah jer, simple, kadang-kadang aku rasa orang yang tengok aku macam complecated sangat.. tak laa aku biasa jer laa..
Cuma nak tanya korang, korang rasa apa kalau tengok oramg solat lambat??
Ada rasa apa-apa tak??
Aku?? Kadang-kadang rasa sedih, sedih sangat, sampai menangis teresak-esak... aku tak tau kenapa..bukan apa, yang lewat solat tu pun sesetengahnya, kawan aku sendiri..
Sampai aku fikir, aku tak tunjuk contoh yang baik ke dekat kawan aku?? 😢😢😢
Nak kata background member tu, anak seorang guru yang bergelar ustaz ustazah..
Kadang-kadang aku bandingkan dengan kawan aku yang biase tu pun, tak de laa solat lewat.. tau apa perasaan membandingkan kawan tu?? Rasa bersalah sangat.. tau tak hurm..😔😔😔😔
Rasa serba tak kena pun ye..
Entah, aku manusia biase...
Aku yang kadang-kadang terlewat pun aku dah rasa bersalah dan menangis, tau rasa apa??
 Ya Allah, sakitnya dalam hati tu..nak luah pun rasa macam, berdosanya aku, amalan tak cukup, aku tak mahu tambah dosa lagi..😖😖😖

Ye kadang-kadang aku tak kenal diri aku..
Hati aku..❤❤❤❤

Apa yang aku nak, sampai rasa diri nie betul ke tak??
Ye, orang kata, rasa suka tu fitrah.. cuma kau perlu pandai kawal... ye aku cuba kawal...
Tertanya-tanya, betulkan tindakan aku nie??
Aku tak nak dia leka dengan hati dia sendiri, aku tak pe...😢😢
Biarlaa aku yang sakit, biarlah, biarlah..
Jangan kau layan sangat rasa dalam hati ❤❤ tu..
Dia okey, In syaa Allah.. Allah jaga dia..
Dia duduk dengan family dekat.. mestilah tak ada apa-apakan..
Tapi terfikir, dah kau luah, lepas tu diam seribu bahasa, aku tak tau kau fikir apa, apa kau buat, hati ❤❤ kau macam mana sekarang..
Ye aku terfikir-fikir, mungkin aku jer ke yang syok sendiri sekarang.
Tu yang aku rasa, kadang-kadang aku tak kenal diri aku..
Tapi satu yang aku YAKIN!! setiap pemilik hati, Allah swt yang jaga..jadi aku hanya mampu doa...
Nak mengharap apa-apa??
Aku tak kuat, aku takut untuk mengharap..
Aku takut hati ❤❤ aku yang terluka..
Sebelum terluka, aku lebih suka mengelak daripada terjerumus lebih mendalam..
Aku hanya mampu doa, tembak kau dengan doa..
Kau???
Aku tak tau status kau...
Biarkan waktu yang gerakkan kisah kita...
Kisah aku dengan kau, atau kisah aku dengan orang lain.. 😯😯😯

Coretan kuw berakhir disini..