Assalamualaikum~
Hi semua😘😘
Dah lama rasa aku tak bersiaran dekat blog sendiri.. Sebab apa?? sebab tak rajin nak karang ayat ni.. Sekarang pun dah 1.14am tak reti tido lagi..
Jom start~
Aku sangat-sangat laa suka benda cantik, simple dan kemas.. sedap mata memandang tau.. dan harap sangat suami masa depan yang masih sesat tu seorang yang pengemas.. walaupun kekadang aku ada jugak masa malas nak kemas, malas nak mandi dan so on..
Tak de laa 24 jam kemas memanjang.. penat tau😅😅😅 tapi suka dengan benda-benda kemas dan I LOVE WHITE COLOUR!! walaupun susah betul nak jaga😂😂😂
Macam sebelum ni aku pernah update gambar bilik masa praktikal diploma dulu..sebab cat bilik dia dah cantik, kita cuma perlu kekemasan jer supaya sedap mata memandang.. boleh tengok dekat link bawah ni
http://milkcthawa281.blogspot.com/2013/11/hye-assalamualaikum-ermmm-patotnye.html?m=1
Bahagian bawah sekali gambar bilik tu..
dan sekarang selepas 2 tahun sebab dapat duit i-sinar berani laa aku upgrade sikit bilik sewa ni.. Gambar sebelum ada tangkap tapi dah terpadam, tak dpat nak up sebelum dengan selepas dia😔😔
Oooo ye bilik sewa ni sebenarnya rumah kedai.. Aku dapat kerja area sini dekat Polperro Group, dia merupakan kedai makanan Western tapi bahagian ofis.. rumah sewa dengan ofis pula dalam 10 minit mcm tu jer, tapi bila balik tiba-tiba kekadang tu jadi setengah jam🤣🤣 kompius jugak ak kekadang..
Menyewa pun dengan kakak, kakak lagi lama duk rumah sewa ni dekat 7 tahun kot..
walaupun rumah kedai tapi kita sewa bilik.. bayar harga bilik.. so kongsi 2 orang bahagi 2 laa bayaran dia..
Jom laaa tengok kejadian biliknya😉😉😉
Ak selalu tengok idea decoration bilik dekat pinterest.. dekat situ memang lawa-lawa.. bajet pun tinggi sikit laa.. pilih je nak tema warna ape, jenis elegant, modern, asthetic semua ada.. Kena rajin jer..
Aku punya bilik simple sangat.. nak tambah lagi decoration macam pokok kecik-kecik ke, dahan-dahan kecik ke.. Tapi tu laa, kurang rajin nak membersihkan kalau berhabuk😂😂😂
So nanti aku fikir lagi apa nk letak..
LOVE sangat dengan lighting lampu yang beli dekat kaison ni 😍😍
Last but tak de laa last sangat.. Rutin harian sebelum beradu..
Mesti apply skincare untuk penjagaam kulit.. tak banyak lapis pun dalam 4 lapis jer, kira paling rajin laa tu
Kalau malas aku pakai toner jer..
Orang kata nak jaga kulit mula ni kena dari awal.. Jadi kita cuba laa.. cuma tu laa nak try consume vitamin pulak, yang ni pun kena tunggu ada duit lebih.. ada duit lebih ada laa yang nak dibazirkan😂😂😂
Then sembur perfume sebelum tidur pun agak wajib bagi aku, biar wangi dan selesa🥰🥰🥰
Sembur laa perfume apa pun asalkan wangi dihidung sendiri..
Tapi kan bila duduk rumah mak semua jadi malas.. Tak tau kenapa🤣🤣
Bila menyewa elok jaa maintain..
Adakah aku sorang saja yang begitu??
Okey itu sahaja untuk hari ni.. Nak karang ayat pun ambik masa 1 jam kan.. Macam karang cerita dalam bilik exam masa sekolah menengah aha~
Berakhir laa post blog pada tahun 2021.. Agak-agak akan ada posting lain tak untuk tahun 2021 ni?? sebab tahun 2020 3 posting jer haha..
Tata gaisss, sambil tu doakan untuk Palestin jugak.. kecoh 1 dunia berkenaan Palestin sekarang pasal Israel duk serang depa..
Sama-sama kita~