Jeans is my style . Skinny jeans paling minat . Nampak 'kemas' . Legging cun juga tapi tak boleh pakai nanti nampak peha yang berisi . Hewhewhew *gelak gedik . Kena pandai cover . Baju nak yang ada shape . Kalau straight cut nampak gemuk la . Tak boleh la nak tunjuk kekurusan diri ini . Baju lengan pendek tak panas sangat tapi sebab nak nampak tutup sikit , cardigan menjadi pilihan . Shawl semua yang the latest , dari awal-awal dulu yang corak alphabet/bintang/bulan , ke corak kedut-kedut yang hujung ada besi bintang/bulan , ke pashmina yang sebesar alas meja hingga sekarang ala-ala tribal . Koleksi tudung bawal pun ada , sekarang ni makin murah , rm5/rm 4 sahaja . Macam-macam kaler ada yet simple is beautiful right . Dulu time sukan sekolah , malas nak letak pin , main ikat hujung tudung bawal ke belakang , SENANG . Tambah malas tahap maksima , tudung yang serelum kepala/ariani pun ada . Macam fesyen ada , berlayer-layer/kain jenis jeans pun ada . Kelassssss sangat . Di lihat cermin , rasa bangga sebab nampak cun/comel ataupun at least ada la laki-laki yang buat bunyi tikus bila nampak kita . Perfume di spray ibarat tak mandi sebulan . Jauh 3 batu dah boleh bau . Make up tak usah cerita , muka sendiri yang asli di palsukan dua tiga lapis dengan benda-benda ni *bedak/gincu/eyeliner/maskara/ kaler-kaler yang atas mata/kening , macam pertandingan mewarna di muka dah .
--------------
Allahurobbi . Tak usah susah-susah nak diet untuk cantik , kerana nanti apabila sudah kurus , kau akan lupa Allah , bila kurus mula nak pakai baju yang ada shape . Tak payah susah-susah nak rebondingkan rambut yang kerinting , takut-takut bila dah lurus , kau mahu free hair pula . Tak usah nak putihkan muka dengan bermake-up tebal , takut-takut bila di mengorat oleh ramai lelaki , kau mula lupa Allah . Allah..Allah.. Longgarkan pakaian mu , labuhkan tudung mu melepasi dada , sarung tangan di lengan mu dan stokin jangan dilupa sayang ku sekalian . Cantik di mata manusia tak bernilai apa-apa , cantik di mata Allah membawa seribu makna .Kita kan nak cari redha ALLAH , kan kan ? Lelaki yang suka melihat mu dalam keadaan di atas , sebenarnya sedang merosakkan mu , dia bukanlah lelaki yang terbaik , kerana lelaki yang baik akan menundukkan pandangannya . Pakaian yang terbaik ialah apabila kamu dapat bersolat dengan pakaian itu . Jangan sangka tudung bawal yang kamu cuba tutup dada mu itu sudah sempurna , lihat dari sisi , sudah tertutup kah 'ia' ? Jangan sangka baju mu itu sudah tutup aurat andai yang 'pakaian dalam' masih nampak bentuknya dari belakang ,Sesungguhnya yang tertutup itu kan lebih indah . Ni kan perintah Allah , kenapa kita berani tak ikut ? Tak takut api neraka kah ? Kita nak syurga kan ? Allah sayang kita . JOM TUTUP AURAT
P/S : Biar orang kata fesyen kita ketinggalan zaman , asal kita tak pakai fesyen AKHIR ZAMAN :')
hrap maklum dan harap terase....coz ak pon terase sikit nie hehe....
suّّّّpaya jadi iktibar dan peringatan untuk semua..
sekian dari سيتي حواء عبد الرحمن
# Cc at this https://www.facebook.com/Kata2UAI?ref=ts&fref=ts
maaf kepada yg berkenaan kerana menggunakan pic anda ^^, |
Nama aku Zack . Aku suka pakai seluar pendek . Seluar pendek atas lutut itu cool . Bulu-bulu ku yang lebat di kaki menjadi perhatian gadis-gadis di luar . Baju fit menjadi pilihan , sia-sia workout siang malam kalau tak tunjuk muscle-muscle semua ni . Badan katang orang terengganu kata . Rambut aku di tukar warna setiap bulan . Kaler perang ala-ala mat saleh , kaler merah ala-ala korea/balung ayam pun boleh , kaler warna warni ala-ala pelangi selepas hujan . Nak stylo sikit , aku pergi buat rambut kat salon . Tindik subang kat telinga baru nampak macho . Tambah rantai dan jam emas di tangan . Perghhh bergaya gila aku . Lastly , mesti merokok . Rokok di tangan , asap keluar dari mulut , hembus fuhh fuhhh then tangkap gambar , terselah kejantanan aku kann ? HAHAHA *gelak jejaka gagah . Mesti tangkap cintan la perempuan-perempuan yang lihat aku bila aku main bola . Jersi aku dahla fit tambah dengan seluar bola atas lutut aku plus rambut spiky landak ku . Kihkihkih .
-----------------
Allahurobbi . Wahai kaum Adam, anda yang macam ini kah ? Aurat anda , antara pusat hingga lutut . Emas dan sutera anda tak boleh pakai . Lelaki sama lelaki pun tak boleh lihat antara pusat dengan lutut . Allah MARAH . Nak main bola boleh ? Tutup mata la kalau kawan sepasukan/pasukan lawan tak tutup aurat . Hihi . Aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat . Dok rumah sewa sekali pun kena tutup aurat . Jangan nak selamber pakai boxer . Allah..Allah.. Merokok tu tak cool lansung . Boleh jadi HARAM kalau sampai membazir duit dan membahayakan nyawa . Mulut pun busuk , makan coklat HACKS/chewing gum banyak mana pun , bibir tu tetap hitam . Eeee , perempuan pun tak mahu . Warna rambut tu tak sah solat . Tak payah nak dye sangat . Hitam itu kan menawan . Wink wink . Subang tu hanya untuk perempuan . Tak usah nak pakai aksesori yanh menyerupai perempuan . Anda kan lelaki . Gentle la sikit . Pakai songkok/kopiah baru HANDSOME . Plus jubah then pergi masjid 5 KALI sehari . SubhanAllah . Allahuakbar :')
P/S : HANDSOME RUPA + HANDSOME AKHLAK = LELAKI AWESOME
khas untuk lelaki....
harap terase dan terase lbh2 er haha...
sape yg berkenaan je wink2... O_-..
sekian dari سیتی حواء عبد الرحمن ّّّّّّّّّّّّّّّّ
# Cc at this https://www.facebook.com/Kata2UAI?ref=ts&fref=t
No comments:
Post a Comment