Saturday 1 October 2016

Niat BERNIKAH untuk apa?

Assalamualaikum dan alhamdulillah..
Rasa dah lama tak bebel2 tulis kan blog sendiri ni..
Banyak idea, tapi tak rasa nak menaip pulak..
Tapi hari ni tetiba mood tu datang..
Jadi kita layan kan laa ye..
Jadi kita berbalik kepada tajuk..
.
.
NIAT BERNIKAH UNTUK APA??
.
.
jadi sebelum awe tulis lagi panjang..
Awe nak cerita sikit dapat ilham nak tulis ni pun sebab baru terbukak ceramah tadi..
.
.
Alangkah ruginya hidup ini kalau dalam setiap amalan kita lupa perbetulkan niat dan memperbanyak niat2 yang baik untuk dapat ganjaran Allah SWT..

Kita Dalam Kerugian Yang Besar.. ᴴᴰ | Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari 

Video HD: https://www.youtube.com/watch?v=MDg6dQITLaM

Link boleh tengok dekat situ..
Sebab bagi awe laa.. apa-apa impian yang kita nak, baik kita tulis..
Jadi masa akan datang kita boleh tengok balik..
Impian yang kita nak tu tercapai tak??
Macam sebelum nie, niat awe nak sambung study.. alhamdulillah, perancangan ALLAH swt tu luas.. memang dapat sambubg study, walaupun tak dapat UPU, awe sambung swasta di KUIS..
.
jadi niat bernikah dengan orang yang kita suka bagi awe laa kan..
Banyak, banyak sangat..
Antaranya banyak yang macam dalam video tu kasi tau..
.
Tapi awe nak listkan jugak laa :

1) alhamdulillah, ak bernikah untuk hidup kan SUNNAH RASULULLAH saw, untuk tambah lagi bekal pahala kat akhirat..

2) nikah sebab nak elak dosa, ramai yang cakap macam tu, elak zina hati semestinya..
Sebab nak elak rindu yang terlampau..manusia biasa, kadang-kadang rindu tu datang jugak.. terlayan jugak.. tapi cuba kawal laa..

3) niat bila dah jadi sepasang suami isteri tu, lebih mudah bertolak ansur, niat kerana Allah biar Allah tolong.. in syaa Allah dipermudahkan..

4) niat jugak dapat suami yang memahami, bantu-membantu untuk dapat keredhaaan Allah swt dan dapat layan kerenah awe nie laa, banyak songeh..mohon bertabah..

5) paling2 selalu terlintas, niat nak dapat anak soleh solehah yang boleh awe & pasangan didik untuk jadi anak syurga.. In syaa Allah..

6) niat supaya anak nanti seorang yang jaga agama.. yang boleh ajak orang ramai kepada agama ISLAM, dan bercerita betapa INDAHNYA ISLAM ITU SENDIRI..
.
.
Jadi apa-apa yang kita ingin kan kita kena perbetulkan niat kita, sentiasa perbetulkan niat..
.
Macam tu jugak bila kau cakap nak nikah dengan aku abis belajar, aku tanya balik niat dalam hati aku sebab apa aku terima kau walaupun perjalanan nak abis belajar tu lama lagi.. tapi orang kata sekejap jer 3 tahun tu.. tapi kita yang merasa laa lama dia..
Niat dalam hati, sebab aku rasa kau ada didikan agama yang baik, yang boleh didik aku lagi jadi baik.. rajin cari ilmu, yang boleh ajar aku untuk jadi pasangan kau yang lagi baik pada masa akan datang..
In syaa Allah jika niat kita baik akan dipermudahkan..
Aminn~
.
.

No comments:

Post a Comment