Friday, 20 July 2018

Langit saja bisa bercerita

MENGGAPAI LANGIT SAJA DIRI INI TIDAK MAMPU😒😒..
Tapi izinkan untuk aku melakar keinginanku, impianku di dalam hatiku kemudian aku SWICTH ON the BUTTON supaya menjadi kenyataan dan sudah semestinya atas KEHENDAK ALLAH swt, USAHA juga perlu untuk dititik beratkan..jangan lupa itu!!
Kerna ALLAH pandang walau sekecil apa pun ia😍😍..
Sama dengan langit yang kosong berwarna biru kemudian dihiasi dengan pelbagai bentuk awan, yang adakalanya berbentuk seperti bayi, binatang, adakalanya juga kosong tanpa bentuk apa pun..
Tapi masih kelihatan cantik ciptaan ALLAH swt itu..
Cantik lagi takdir yang ALLAH swt telah tetapkan untukmu juga untukku..
Sama juga tika kau lakar keinginanmu, impianmu.. lakar juga DOSA-DOSA yang pernah kau lakukan..
Kerna setiap keinginanmu belum tentu ke arah kebaikan mungkin saja perkara-perkara yang boleh mendatangkan DOSA..
impianmu juga..😊😊
Kenapa begitu??
Bila kau lakar dosa-dosamu, barulah kau mula sedar yang dosa itu begitu banyak 😒😒
Aku harus dan perlu BERTAUBAT sentiasa dan taubat bukan suka-suka boleh ditangguhkan, bukan juga suka-suka boleh sambil lewa..
SESEGERALAH KAMU..
Kerana kematian tidak mengenal usia walau masih banyak keinginan serta impianmu yang ingin kau capai..
Aku cuma berpesan pada diri, dan semoga apa yang tertulis sentiasa diingati sampai bila-bila serta rujukan pada masa akan datang😘😘
#SHAR
#salahtego2laa


JADILAH SEPERTI BUNGA YANG MEMBERI KEHARUMAN BAHKAN KEPADA TANGAN YANG MENGHANCURKAN..
.
Wanita itu cantik..
Wanita itu hatinya lembut dan rapuh tika mencintai seseorang..
Wanita itu sifat penyayang melebihi segalanya..
Wanita itu adakalanya tidak mengenali bagaimanakah ia sebenarnya..
Wanita itu seperti mekarnya sekuntum bunga yang mewangi serta menarik kumbang untuk hinggap di kelopak serta menghisap madunya..
Wanita itu penuh dengan perasaan..
Wanita itu insan yang kuat dimana lelaki juga tidak mampu untuk menandinginnya..
Wanita itu adalah ibumu, kakakmu, adikmu juga saudaramu..
Atas sebab apa kamu perlu menyakitinya??
Atas sebab apa kau tidak menghargainya??
Maka HARGAILAHH sementara masih ada..
SAYANGILAHH sebelum ajal menjemput tiba..
maka kau akan dapat merasai kenikmatan yang selayaknya..
😘😘 😘😘
#SHAR
#salahtego2laa



Wednesday, 18 July 2018

Gambar hanya lah cerita yang belum tentu kebenarannya

Masyarakat NOW DAYS...
aku yang terlalu tertutup fikirannya.. atau mereka yang terlalu terbuka??
Aku bukan orang besar yang kuat pengaruhnya..
Aku juga bukan orang yang ramai kenalan..
Aku cuma manusia biasa yang adakalanya pelik dengan sikap manusia lain..
Sudah cukup dengan pengaulan bebas sesama jantina.
Apa perlu pergaulan sesama jenis??
Yang melampaui batas??
Yang mana disokong??
Yang mana dipuja???
Yang mana ia semakin berleluasa😒😒😒
Semoga Allah swt sentiasa lindungi hati-hati mereka yang ingin bertaqwa kepadanya..
Manusia hidup asal dari tanah dan kembali kepada tanah juga..
Jangan sampai bumi tidak menerima jasad kita😒😒😒
Dunia semakin TENAT😒😒
.
Rasullullah SAW bersabda yang artinya : “Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” (HR Tirmidzi , Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad )
.
#SHAR
#salahtego2laa


Disebalik kecerian wajah yang kau lihat itu hanyalah topeng semata..πŸ‘ΊπŸ‘Ί
Topeng yang ingin ditutup tanpa membuka cerita hati yang sebenar..
Disebalik senyuman yang selalu terukir, dibalik senyuman matanyanya masih terdapat banyak perkara yang dipendam tanpa mahu diungkap.
Kerna ungkapan hanya membuatkan titisan air mata mengalir lagi..😒😒
Disebalik gambar itu juga hanyalah kepalsuan yang tidak ingin dibongkar dan diceritakan kepada mereka..
Ia hanyalah sekeping gambar yang hanya dilihat tanpa kaca mata hati..
Semoga kesedihan yang kau hadapi membuat kau lebih kuat..
Semoga kepura-puraan kau itu membuatkan orang sekeliling bahagia dengan sikap mu..
Semoga Allah swt sentiasa titip mereka yang baik yang membuatkan kau tidak kenal erti lelah dan penat..
Jika kau keletihan, kau hanya perlu berehat sebentar dan teruskan semula..
Jangan kau biarkan ia terus terhenti tanpa ada penamat..
Oohhh iya we.. apa yang kau bebelkan pagi-pagi buta niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
#SHAR
#salahtego2laa


Monday, 16 July 2018

Bahagia bukan terletak pada orang lain, tapi diri sendiri

Bahagia itu bila kita sentiasa berada dalam redha-NYA.. berkah-NYA...
Betul??πŸ˜‰πŸ˜‰
Saat kegembiraan meniup masuk dalam diri..
Sebut ALHAMDULILLAH SYUKUR☺️☺️..
Kebahagiaan ini Allah swt yang beri, harus aku BERzikir tanda berterima kasih dan memuji kepada-NYA..
Umpama rama-rama terbang bebas di dalam sudut hatiπŸ’–πŸ’–, yang tika hinggapnya ia memberi sinar yang bergemerlapan, mengebukan juga lagi hati yang sedang bahagia di sudut aras yang paling tinggi...kibaran kepaknya juga memberi kebahagian di hati-hati manusia lain..
Kegembiraan yang tak terkata.. Kebahagian yang tak terkata..
Tapi harus juga kau ingat..
Harap kegembiraan yang aku alami ini bukan perkara yang melalaikan diri dan jiwa..
Harap juga kebahagian yang aku alami ini bukan menjauhkan aku daripada mengingati pencipta ku tapi terus untuk lebih dekat dan bertaqwa pada-NYA..
Allah swt yang satu, yang MAHA BESAR mencipta tiap sesuatu dengan hikmah serta sebab tertentu😊😊
Jadi BERSYUKURLAA selalu~
#SHAR
#salahtego2laa


Izinkan TUMBUKAN PADU KECILKU INI MENGHENTAK HATI-HATI❤️❤️ mereka (hurm hiperbola sgt ayat kau niπŸ˜…πŸ˜…, maaf ini sekadar bayangan pemikiran ku saja😘😘, jika bisa ku hentak kasi gegar, ku gegarkan seisi dunia🀣🀣)
.
Yang sedang leka akan dunia, tidakkah engkau tahu dunia sudah tiba pada penghujungnya..

Yang suka mencarut tanpa sedar dan sedar, mohon TAMPAR bibir pun dan pesan laa PERBANYAKKAN ZIKRULLAH itu lebih PERLU kau lakukan..

Yang harus MENJAGA DIRI SEBAIKNYA sebagai wanita, kerana manusia itu datang dan pergi tunjukkan saja AKHLAK YANG BAIK yang boleh dijadikan ikutan pada semua..

Yang sedang merasa lelahnya hidup kerana rasa disakiti dan peringat diri supaya jangan pernah kau lakukan perkara yang sama disekeliling mu..

Yang sedar mendidik hati tentang kesabaran itu bukan mudah, tapi masih berusaha kerana GANJARAN KESABARAN ITU BESAR pada sisi-NYA..

Yang mengetahui sekecil-kecil DOSA juga bakal menjadi besar andai sering dilakukan, lakukan saja kebaikan yang memberi PAHALA kepada mu..

Yang masih mencuba untuk memperbaiki diri tiap detik kerana MENGEJAR SYURGA ITU bukan MUDAH dan MURAH tapi teruskan..

Yang merasakan KEMATIAN itu lebih perlu kau fikirkan daripada jodoh yang tak perlu pun kau risaukan adakah ia kunjung tiba atau pun tidak..
.
SEMOGA HENTAKAN INI ada MANFAATNYA kepada pembaca..
Sekadar kata-kata yang bermain di benak fikiran dikala waktu menginjak 3.00 pagiπŸ˜…πŸ˜…
#SHAR
#salahtego2laa


Sunday, 15 July 2018

Sahabat itu cerminan diri

SUDI TAK AWAK TERIMA LAMARAN SAYA?? UNTUK AKHIRAT BUKAN UNTUK DUNIA..
(Haah ye, mmg ske merepek sikitπŸ˜‚πŸ˜‚)
sebab dunia ni hurmm..😒
Dunia di luar begitu kejam untuk kau masuki..
Dengan rencah duniawi yang tidak terhingga..
Dengan nafsu yang mengejar kehendak melebihi kepada keperluan..
.
Harap kau lebih tabah..
Tabah untuk menghadapi sifat-sifat manusia durjana..
Manusia~
Jangan pernah kau membencinya..
Jangan sekali..
Walau elok penampilannya,
Walau cantik tingkah laku baiknya hanya di depan mu..
JIKA MANUSIA TIDAK MELETAKKAN ALLAH PADA TINGKAT TERATAS DI DALAM HATI❤️❤️..
Mereka masih manusia yang lemah, yang lemah pada iman, yang lemah pada taqwa, yang lemah mengawal nafsu sendiri..
Tapi bencilah kamu pada sifatnya..
Sifat-sifat mazmumah..
Sifat-sifat yang meletakkan murka ALLAH swt..
Sifat-sifat yang MENDEKATKAN DIRI dengan NERAKA..
Manusia itu sifatnya lemah jika tidak selalu dekat dengan-NYA..
LINDUNGI SAJA DIRIMU SEBAIKNYA..
Yakin lah!!
Yang MAHA MELINDUNGI sepenuhnya hanya ALLAH swt..
Elakkanlah diri dari FITNAH DUNIA..
Elakkanlah diri dari FITNAH MANUSIA juga..
Oleh itu, AKU KAU harus lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan dunia, kerana DUNIA ITU UJIAN..
HATI-HATI sajalah... mana boleh ELAK-ELAK.. mana boleh JAGA-JAGA😘😘
#SHAR
#salahtego2laa


MENUJU BAIK ITU BAIK😘😘..
MENJADI BAIK ITU JUGA ADALAH LEBIH BAIK😘😘..
Jadi perbaiki saja dirimu lagi dan lagi hanya untuk-NYA..
Kerna aku juga sedang memperbaiki diriku lagi dan lagi untuk-NYA jua..
Kerna aku ingin menjadi seseorang yang tiba saatnya.. kau merasa bertuah memilikiku..
Kerna aku juga ingin sekali menjadi bidadari teragung dimahligai syurga mu kelak..
Kerna aku sedar untuk menjadi bidadari syurga itu bukan mudah dan murah..
Jadi aku harus berusaha..
HARUS!!
Bukankah kau tahu, manusia itu lemah.. iman juga adakalanya turun dan naik..
Ia aku tahu itu, kau juga...
Jadi aku memerlukan kau..
Kau yang kuat untuk menjaga ku hanya kerana-NYA..
Menjaga yang adakalanya rasa hati yang bercelaru..
Menjaga pemikiran ku yang adakalanya melampaui batas dari pemikiran yang lain..
Menjaga saat-saat rasa lemahnya diri ini..
Apa perlu??
Perlu aku salurkan sedikit kekuatan yang aku ada untuk kau lebih kuat??
Tapi bagaimana caranya??
Dengan mendekat itu bukan caraku..
Dengan berbual mesra juga bukan caraku..
Tetapi jika ada hal-hal yang ingin ditanyakan aku akan terus bertanya..
Hanya dengan menDOAkanmu saja cara terbaik yang boleh aku lakukan..
Kuatnya dirimu bukan untuk siapa-siapa, hanya untuk-NYA.. kuatnya dirimu jua untuk menguatkan mereka yang berada disekelilingmu..
BERDOA SAJALAH...
KERNA APA YANG KAU CARI tidak semestinya KAU BAKAL MEMILIKI..
TAPI APA YANG KAU MILIKI ADALAH KURNIAAN YANG TERINDAH dari-NYA😍😍
#SHAR
#salahtego2laa