Wednesday, 15 July 2020

Titi hidup kehidupan

Assalamualaikum..
Andai kata ini coretan terakhir yang berada di blog, harap sangat pada semua yang mengenali memaaf diri yang lemah ini..
Aku menulis pada waktu jam menginjak 11.35pm Rabu, saja.. dah lama rasa tak buat karangan bahasa melayu..
Rasa hati teringin buat kata-kata pujangga..
Tapi tu laaa, bukan kemahiran dalam diri..
Tau ada disaat orang lain lena dibuai mimpi sebab esok kerja kan.. kena laa tidur awal.. disaat orang lain merakamkan kebahagian bersama pasangan tersayang..
Aku juga begitu, aku ingin menikmati rasa kebahagiaan bersama seorang lelaki bersama suami yang boleh aku berpegangan tangan secara halal menyusuri kehidupan dunia untuk dibawa bekal ke akhirat kelak..
Tapi itu bukan aku, titi hidup aku adalah menyusuri kehidupan bersama keluarga aku, ibu bapa ku..
Semoga aku masih diberi peluang untuk berbakti dengan keluarga mak abah, walaupun aku tau, aku bukan seorang anak yang hurmmm macam mana nak cakap.. tak tau laaa.. biasa-biasa jerr..
Doa aku jika diizinkan-NYA
“ Semoga Kau kurniakan aku seorang suami yang taat pada perintahMu, mengaplikasikan sunnah-sunnah Rasulullah dalm kehidupannya, lembut dalam tutur kata ketika berbicara, baik pada kedua ibubapa nya, seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga amanah iaitu makhluk bernama perempuan, memuliakan wanita iaitu isteri, ibumu, mudah bertolak ansur, faham tanggungjawab apabila bergelar suami dan dapat praktikkan dalm kehidupan.. Juga sentiasa cuba untuk jadi lebih baik “
Kita sama-sama didik diri untuk jadi lebih baik dari sebelumnya..
“ Ya Allah semoga kau perkenankan doaku, aku hanya mampu berdoa.. apa-apa pun semua mengikut ketetapan-Mu..
Kalau dikutkan panjang lagi, tapi tu laa simpan dalam doa..
Manusia bila berdoa boleh direct terus dengan Allah swt, cuma lambat atau cepat sahaja.. Semoga sabar selalu beraja dalam hati..


Adakalanya hati selalu berbisik dah laa tu we, lupakan silam dan teruskan perjalanan..
tapi manusiakan, manusia biasa yang geram dengan kisah silam lalu dan cuba bahagiakan diri dengan lihat alam..
Alam ciptaan Allah swt yang sangat cantik..
Cantiknya~ tengok daun-daun, pokok-pokok dengar bunyi air terjun, tengok pemandangan dari tempat tinggi sambil angin menyapa ke muka, bukan takat menyapa jerr.. rasa kena tampar pun ada sebab kuat sangat aha~
Boleh menung lama-lama cari kebahagian dalam ciptaan Allah swt yang indah dan nikmati..
Pernah juga sambil titisan air mata keluar, rasa macam penat, penat! tapi kena teruskan juga...
Kadang-kadang nakal juga selalu menjentik hati dan pemikiran, aku layankan saja..
Takpe we, follow jer step yang dah Allah swt aturkan...
Semoga pengakhiran kehidupan ku nanti dalam keaadaan baik yang sentiasa ingat pada Allah swt.. Amiinn~
Sebab kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang..


coretan ku berakhir pada 12.20am..gambar kita sesuaikan dengan apa yang terpendam dalam hati jerr.. sebab ni waktu Majlis Doa Selamat untuk pembukaan Restoran Polperro baru dekat Cheras..


No comments:

Post a Comment