Friday, 21 May 2021

Bilik saya, ketenangan saya~




Assalamualaikum~


Hi semua๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Dah lama rasa aku tak bersiaran dekat blog sendiri.. Sebab apa?? sebab tak rajin nak karang ayat ni.. Sekarang pun dah 1.14am tak reti tido lagi..

Jom start~

Aku sangat-sangat laa suka benda cantik, simple dan kemas.. sedap mata memandang tau.. dan harap sangat suami masa depan yang masih sesat tu seorang yang pengemas.. walaupun kekadang aku ada jugak masa malas nak kemas, malas nak mandi dan so on..

Tak de laa 24 jam kemas memanjang.. penat tau๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… tapi suka dengan benda-benda kemas dan I LOVE WHITE COLOUR!! walaupun susah betul nak jaga๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Macam sebelum ni aku pernah update gambar bilik masa praktikal diploma dulu..sebab cat bilik dia dah cantik, kita cuma perlu kekemasan jer supaya sedap mata memandang.. boleh tengok dekat link bawah ni


http://milkcthawa281.blogspot.com/2013/11/hye-assalamualaikum-ermmm-patotnye.html?m=1


Bahagian bawah sekali gambar bilik tu..

dan sekarang selepas 2 tahun sebab dapat duit i-sinar berani laa aku upgrade sikit bilik sewa ni.. Gambar sebelum ada tangkap tapi dah terpadam, tak dpat nak up sebelum dengan selepas dia๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

Oooo ye bilik sewa ni sebenarnya rumah kedai.. Aku dapat kerja area sini dekat Polperro Group, dia merupakan kedai makanan Western tapi bahagian ofis.. rumah sewa dengan ofis pula dalam 10 minit mcm tu jer, tapi bila balik tiba-tiba kekadang tu jadi setengah jam๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ kompius jugak ak kekadang..

Menyewa pun dengan kakak, kakak lagi lama duk rumah sewa ni dekat 7 tahun kot..

walaupun rumah kedai tapi kita sewa bilik.. bayar harga bilik.. so kongsi 2 orang bahagi 2 laa bayaran dia..


Jom laaa tengok kejadian biliknya๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰





Ak selalu tengok idea decoration bilik dekat pinterest.. dekat situ memang lawa-lawa.. bajet pun tinggi sikit laa.. pilih je nak tema warna ape, jenis elegant, modern, asthetic semua ada.. Kena rajin jer..


Aku punya bilik simple sangat.. nak tambah lagi decoration macam pokok kecik-kecik ke, dahan-dahan kecik ke.. Tapi tu laa, kurang rajin nak membersihkan kalau berhabuk๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

So nanti aku fikir lagi apa nk letak..

LOVE sangat dengan lighting lampu yang beli dekat kaison ni ๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Last but tak de laa last sangat.. Rutin harian sebelum beradu..

Mesti apply skincare untuk penjagaam kulit.. tak banyak lapis pun dalam 4 lapis jer, kira paling rajin laa tu

Kalau malas aku pakai toner jer..

Orang kata nak jaga kulit mula ni kena dari awal.. Jadi kita cuba laa.. cuma tu laa nak try consume vitamin pulak, yang ni pun kena tunggu ada duit lebih.. ada duit lebih ada laa yang nak dibazirkan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Then sembur perfume sebelum tidur pun agak wajib bagi aku, biar wangi dan selesa๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Sembur laa perfume apa pun asalkan wangi dihidung sendiri..

Tapi kan bila duduk rumah mak semua jadi malas.. Tak tau kenapa๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Bila menyewa elok jaa maintain..

Adakah aku sorang saja yang begitu??


Okey itu sahaja untuk hari ni.. Nak karang ayat pun ambik masa 1 jam kan.. Macam karang cerita dalam bilik exam  masa sekolah menengah aha~

Berakhir laa post blog pada tahun 2021.. Agak-agak akan ada posting lain tak untuk tahun 2021 ni?? sebab tahun 2020 3 posting jer haha..


Tata gaisss, sambil tu doakan untuk Palestin jugak.. kecoh 1 dunia berkenaan Palestin sekarang pasal Israel duk serang depa..

Sama-sama kita~











Tuesday, 4 August 2020

Jalan kehidupan yang ditentukan - NYA


Assalamualaikum..
pembuka kata..
rajin pulak hari ni buat karangan..
Karangan ku bermula dengan keadaan duduk.. masih waktu bekerja..
sebab hari ni masuk keje tengah hari, jadi balik malam..
Dah malam ni tak banyak sangat keje boleh buat selain balas wassap pelanggan.. Buka laman sosial company dan balas chat dari pelanggan yang bertanya pelbagai soalan dan pelbagai komplen yang dibuat..
Mungkin bagi memuaskan kata-kata yang terpendam..
Aku hanya perlu membalas dengan kata-kata maaf dan perkata yang sepatutnya...
Okey laaa salah topik pulak..
Aku hanya ingin lepaskan apa yang berada di fikiran sahaja.. Mana tak nya, setiap pagi harus melapah kata-kata makian adakalanya.. macam dah jadi sarapan ruji setiap pagi bila masuk kerja.. Kena hadam dulu.. dah macam perkara negatif yang perlu aku setkan dalam otak perlu menjadi perkara positif..
Tapi mungkin hanya aku, tak boleh jugak nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja di restoran.. Hari-hari kena hadap pelanggan secara bersemuka.. Kalau kena maki, maki laaa... Tapi tak semua, ada jer manusia yang boleh berbicara dengan nada yang baik..
Kadang-kadang terfikir kenapa ada manusia yang mulut tak dijaga ketika berkata sesuatu..
Bahagiakah dengan mengeluarkan kata-kata makian terhadap orang lain?
Adakah kepuasan tu mencukupi dengan memaki manusia lain?
Adalah lebih baik beristigfar atau berzikir untuk menenangkan hati..
Bukan semua manusia tidak melakukan kesilapan.. Mereka semua sama.. setiap saat, tiap detik pasti akan melakukan kesilapan..


Itulah yang dinamakan manusia, diuji dari setiap apa yang keluar dari mulut adakah perkara-perkara yang bermanfaat atau hanya mendekatkan diri kepada peritnya api neraka itu..
Orang kata kalau perahu terlajak boleh diundur, tetapi kalau kata-kata yang terlajak bisa padahnya...
Okey laaa setiap minat orang tak sama, jadi cara aku untuk melepaskan apa yang berada difikiran, atau apa yang terpendam di dalam hati adalah dengan keluar berjalan menikmati keindahan yang diciptakan oleh-NYA..
Tak semua ye punyai minat yang sama..
Jadi aku akan mengikuti mana-mana hiking yang terdekat.. berjalan menyusuri hutan untuk melihat keindahan pada hujungnya..
Sama macam kehidupan yang adakalnya perit untuk diterima, melalui jalan-jalan pahit kehidupan bertemu dengan mereka yang melukakan.. Belum mampu untuk aku padam hingga kini...
Tapi aku ingin lihat pada penghujungnya, hikmah pada setiap kejadian yang berlaku..
Apa yang perlu lagi aku lihat hingga sampai ke penghujung jalan..
Sama laa bila mana aku hiking, dan kebiasaannya aku akan hiking berteman.. tidak perlu ramai, cukup berdua atau bertiga.. sebab dekat sana biasanya akan berjumpa lebih ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama..
Setiap kenangan perlu dipinkan supaya menjadi tatapan kemudian harinya..


gambar semua tak de yang dekat tempatnya..
Waktu hiking ni aku berada di BLUE LAKE CHERAS.. air dia memang cantik.. Alaaa tengok air jer pun kan..
ehhh tak laaa tengok sekali pemandangan sekeliling indah untuk ubat penenang hati seketika cuma... Cukup untuk aku simpan bila perlu dan sambung ke trip seterusnya..
In syaa allah jika ada rezeki, boleh laa teroka lagi tempat-cantik dekat Selangor ni.. nak luar Selangor bajet kena besar sikit..


Sekian saja coretan aku pada hari ini..
bahasa yang digunakan adalah bahasa baku mungkin, yang telah dicampur adukkan.. 
byeeeeeee!! jumpa next page pulak..









Wednesday, 15 July 2020

Titi hidup kehidupan

Assalamualaikum..
Andai kata ini coretan terakhir yang berada di blog, harap sangat pada semua yang mengenali memaaf diri yang lemah ini..
Aku menulis pada waktu jam menginjak 11.35pm Rabu, saja.. dah lama rasa tak buat karangan bahasa melayu..
Rasa hati teringin buat kata-kata pujangga..
Tapi tu laaa, bukan kemahiran dalam diri..
Tau ada disaat orang lain lena dibuai mimpi sebab esok kerja kan.. kena laa tidur awal.. disaat orang lain merakamkan kebahagian bersama pasangan tersayang..
Aku juga begitu, aku ingin menikmati rasa kebahagiaan bersama seorang lelaki bersama suami yang boleh aku berpegangan tangan secara halal menyusuri kehidupan dunia untuk dibawa bekal ke akhirat kelak..
Tapi itu bukan aku, titi hidup aku adalah menyusuri kehidupan bersama keluarga aku, ibu bapa ku..
Semoga aku masih diberi peluang untuk berbakti dengan keluarga mak abah, walaupun aku tau, aku bukan seorang anak yang hurmmm macam mana nak cakap.. tak tau laaa.. biasa-biasa jerr..
Doa aku jika diizinkan-NYA
“ Semoga Kau kurniakan aku seorang suami yang taat pada perintahMu, mengaplikasikan sunnah-sunnah Rasulullah dalm kehidupannya, lembut dalam tutur kata ketika berbicara, baik pada kedua ibubapa nya, seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga amanah iaitu makhluk bernama perempuan, memuliakan wanita iaitu isteri, ibumu, mudah bertolak ansur, faham tanggungjawab apabila bergelar suami dan dapat praktikkan dalm kehidupan.. Juga sentiasa cuba untuk jadi lebih baik “
Kita sama-sama didik diri untuk jadi lebih baik dari sebelumnya..
“ Ya Allah semoga kau perkenankan doaku, aku hanya mampu berdoa.. apa-apa pun semua mengikut ketetapan-Mu..
Kalau dikutkan panjang lagi, tapi tu laa simpan dalam doa..
Manusia bila berdoa boleh direct terus dengan Allah swt, cuma lambat atau cepat sahaja.. Semoga sabar selalu beraja dalam hati..


Adakalanya hati selalu berbisik dah laa tu we, lupakan silam dan teruskan perjalanan..
tapi manusiakan, manusia biasa yang geram dengan kisah silam lalu dan cuba bahagiakan diri dengan lihat alam..
Alam ciptaan Allah swt yang sangat cantik..
Cantiknya~ tengok daun-daun, pokok-pokok dengar bunyi air terjun, tengok pemandangan dari tempat tinggi sambil angin menyapa ke muka, bukan takat menyapa jerr.. rasa kena tampar pun ada sebab kuat sangat aha~
Boleh menung lama-lama cari kebahagian dalam ciptaan Allah swt yang indah dan nikmati..
Pernah juga sambil titisan air mata keluar, rasa macam penat, penat! tapi kena teruskan juga...
Kadang-kadang nakal juga selalu menjentik hati dan pemikiran, aku layankan saja..
Takpe we, follow jer step yang dah Allah swt aturkan...
Semoga pengakhiran kehidupan ku nanti dalam keaadaan baik yang sentiasa ingat pada Allah swt.. Amiinn~
Sebab kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang..


coretan ku berakhir pada 12.20am..gambar kita sesuaikan dengan apa yang terpendam dalam hati jerr.. sebab ni waktu Majlis Doa Selamat untuk pembukaan Restoran Polperro baru dekat Cheras..


Tuesday, 14 January 2020

Review : VIVILIN LONDON SKINCARE Comeback 2020

Assalamualaikum
Dah bersarangkan blog awe ni kan..
Its Its okey laaa..
Hari ni just nak update comeback mengenai VIVILIN LONDON jer..
Tak banyak pun..
.
Jom tengok bawah ni

.
PENJAGAAN KULIT WAJAH BERASASKAN BAHAN SEMULAJADI YANG BAKAL MEMBUATKAN ANDA MERASA WOW!
VIVI LIN LONDON produk alami penjagaan kulit dari ekstrak semula jadi yang mewah.
Rasai perbezaan dalam hanya 1 sapuan.
.

Yes pakaging baru gais..
Lagi cantik, pink sangat kan ๐Ÿคญ๐Ÿคญ
.
Set item macam biasa :
FACEBALM
BOOSTER LIGHT
FACE BRIGHT SOAP
Apa yang bestnya kali ni VL datang dengan 20g tau..
Kalau sebelum ni 10g sahaja..
So lebih tahan lama pemakaian tu
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
.


ESKINOL LITTLE LUXURY
ELL Face Balm Cream in 20g cream packaging for all skin type RM32
(Untuk kegunaan 3-6 bulan)
.
-penggunaan siang hari -sunblock SPF15 + memastikan kulit sehat dr pncaran matahari
-fungsi seperti bb cream (skincare+makeup) -mencerah & merawat kulit (termasuk pigmentasi & jerawat)
-anti penuaan
-silky smooth finish
-wudhu friendly
-pemakaian yang mudah & senang rata seluruh wajah
-sesuai untuk semua jenis kulit, fokus kulit berminyak.
-jimat
.
Cara memakai: Sapu secara nipis dan rata ke seluruh wajah
selepas mencuci muka pada waktu siang setiap hari
.
Ingredients:
Stearic bee wax, petroleum jelly, mineral oil ,glycerin
olive oil, Talcum powder,Proplyne glycol, titanium dioxide, Pearl powder, argan oil,Vit E oil, Preservative
Fragrance & Colour.
.

ESKINOL LITTLE LUXURY
ELL Booster Light in 20g cream packaging for all skin type RM32
(Untuk kegunaan 3-6 bulan)
.
-penggunaan waktu malam
-active booster untuk kesan pencerahan maksima
-anti penuaan dan anti jeragat
-merawat jerawat
-mengecilkan pori
-sesuai untuk semua jenis kulit, fokus kulit berminyak.
-jimat

Cara memakai: Sapu secara nipis dan rata ke seluruh wajah
selepas mencuci muka pada waktu malam setiap hari

Ingredients:
Aqua,Vco,Olive oil,Coconut oil,Jojoba oil,Argan oil
Grape seed oil,E-wax,Bee wax,Stearic,Cetyl,Tea
Glycerin liquid,Propylene glycol,Vit E oil,Extract aloe vera,Extract tomato,Honey,AHA Preservative
Fragrance
.


Okey itu saja...
Untuk pembelian boleh wasap awe k
Dekat nombor 017-8863 107
Sekian saja update blog kali ni..
Kalau awe rajin, awe bebel-bebel laa panjang nak asah balik bakat buat karang ayat ni..
Bz nok.. tak de kesempatan aha ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Sunday, 15 September 2019

Akhirnya aku dapat segulung Ijazah!

Haaa tajuk tak boleh blaa kan huhu..
Btw Assalamualaikum...

Good to see..
bersawang dah blog ni, sebab dah lama tak asah buat karangan kan jadi mungkin caca marba sikit ayat aha~
Ye laa macam dia tak de masa sangat nak menulis/menaip.. sebok duk baca komik dan melaghakan diri jer.. Sis cuma nak kasi tau akhirnya done degree woot woot.. cuma ada beberapa impian tak dapat dicapai.. contoh, kesayangan yang duduk dalam hati ni.. hurmmm tak pe.. tak de rezeki kan.. its okey.. ada rezeki kita jumpa please huhu..  okey lets start cerita dia mcam ni..haa pada tarikh  5 September 2019 officialnya setelah beberapa bulan habis buat intern, aku dapat rezeki untuk kerja dan pada tarikh tersebut aku jejak kaki semula ke KUIS untuk bergraduasi.. tapi pada hari tu kami semua masih spend time lagi dengan kawan-kawan kita pakat-pakat semua jalan-jalan buat photoshot "PREKONVO" haa ada laa kenangan kan dengan kawan-kawan semua.. sama macam diploma dulu.. cuma masa diploma kita tangkap gambar sendiri-sendiri je... Ni siap upah photografer bagai kan huhu.. itu pun kita ade komplikasi tau.. photografer yang sepatutnya member upah tu salah tarikh satu hal, hari yang sepatutnya bila minta datang ofkos laa kan tak boleh, sebab dapat maklumat orangnya ada dekat kelantan..dengan urgentnya cuba cari photografer on the spot tau huhu..ingat kalau dah tak boleh tu just nak tangkap gambar sendiri-sendiri guna fon jaa.. tapi alhamdulillah dapat jugak... Dan kisah nye pulak start bergambar pun dekat pukul 6 dah..uisss dia punya struggle nak tangkap gambar penat ooo.. nasib photografer okey saja maaa..

Selesai saja bergambar dalam pukul 7 lebih sikit dengan tergesa-gesanya kitorang semua bertukar-tukar hadiah haaa macam tak boleh blaa kan sebab semua pun ada hal masing-masing dengan keluarga pulak, otw balik tu singgah makan dulu sambil menyembang, balik tu terus solat iron baju semua sambil tengok "HOTEL DEL LUNA" haa sorang-sorang tengok cerita hantu pulak kan, tak mengagak ko kan we...dan kisah lain  pulak kan aku menginap sesorang jaa dekat hotel huhu.. saja laa rasa nak tidur sesorang.. ehhh ye ke?? Ye laaa bukan selalu dapat buat macam tu.. Tragedi yang dapat dilupakn pulak mengenai keesokan harinya.. hari bersejarahkan, patut berjalan dengan lancar... Tapi pagi tu boleh pulak aku lewat bangun๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ macam apa jer, biasa okey jer walau aku lewat tido boleh bangun macam biasa, masa aku bangun tengok jam tu dalam otak fikir "Mak aaaiii macam mana boleh lambat nie?? Selesa sangat ke aku tidur?? Uiss kena cepat ni" waktu tu jam dah menunjukkan waktu ke pukul 7.48am macam tu.. laju-laju aku mandi, bersiap sekadarnya nak mekap-mekap lebih sikit pun tak ada dah, cepat-cepat solat subuh dan tempah grab...haaa part ni pun problem sikit.. dalam 8.12 macam tu dah siap turun bawah nak tunggu grab, sementara tunggu tu cek laa laa lagi ape yang tak de haa topi pulak tertinggal dok naik balik kat hotel.. bila turun grab tak sampai jugak lagi, sampai orang grab tu cancel sebab tak boleh ambik, cuba lagi tempah grab lain tak sempat jugak.. call pulak member, sempat jugak dia keluar tapi call semula cancel sebab tumpang orang yang lalu dekat depan hotel, dia kata dia pergi KUIS jugak jadi tumpang orangnya.. Alhamdulillah walaupun jadi macam tu dapat jugak sampai kuis dalam 8.40am kalau ikutkan semua pelajar kena kumpul 7.30am tau.. Aku sorang jaa lambat tau๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sebabkan majlis dah mula, aku tak dapat masuk dewan sebab majlis dah mula, tunggu jaa dekat luar  sampai sambil sambil dihulurkan sebungkus roti bersama air kotak huhu sehinggalah majlis penganugerahan berlangsung, kos aku akan keluar semula untuk beratur amik olokan transkrip.. aci laa kan aku cakap olokan transkrip๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Dan selepas beratur untuk masuk ikut kos aku untuk amik penganugrahan transkrip  baru aku dapat masuk dewan macam biasa dan terus duduk dalam dewan. Majlis konvokesyen tu tak da laa lama sangat dalam 11.30 dah habis dah.. keluar jaa dewan terus aku menuju ke bahagian dewan tempat aku menunggu sebab tak dapat masuk dewan tadi, tukar kasut balik dan terus menuju ke keluarga aku yang berada di bawah khemah tempat makan..

Kini selesai sudah konvokesyen degree aku pada kali ni.. Cuma pada hari tu aku teringat kenangan masa konvo masa diploma, diberi bunga dari orang yang aku tak boleh lupakan sehingga sekarang.. its okey we, awe tak de laa sedih mana.. sampai jaa dekat keluarga, terus main dengan Yusuf๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ dalam pukul 12.30 pulak bergerak ke hotel untuk check out sementara tunggu Abang long habis solat jumaat...dan cadangnya nak makan "SATE KAJANG" lepas solat jumaat tu, bergerak laa kami semua ke kajang.. tak taktau laa awat cam naa hari tu tak berjalan dengan lancar haha.. sampai sate kajanh tak buka lagi, tunggu laa selama sejam baru restoran buka dan aku sekeluarga dapat masuk dan makan..

Huiss bolh tahan panjang cerita pada hari tu tau.. boleh dah buat kenangan yang tak boleh dilupakan..
Bawah ni aku sertakan gambar prekonvo geng bawangs aku dalam degree.. nampak erat betul semua aha..



Kalau tanya tak da gambar family kaa?? Hurmm..tak tau laa nak habaq macam mana susah sikit kalau nak dapat gambar sama-sama dengan keluarga aku tu jaa boleh habaq.. sekian saja cerita yang panjang dari aku.. see yaa next time kalau aku rajin update..

Friday, 20 July 2018

Langit saja bisa bercerita

MENGGAPAI LANGIT SAJA DIRI INI TIDAK MAMPU๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข..
Tapi izinkan untuk aku melakar keinginanku, impianku di dalam hatiku kemudian aku SWICTH ON the BUTTON supaya menjadi kenyataan dan sudah semestinya atas KEHENDAK ALLAH swt, USAHA juga perlu untuk dititik beratkan..jangan lupa itu!!
Kerna ALLAH pandang walau sekecil apa pun ia๐Ÿ˜๐Ÿ˜..
Sama dengan langit yang kosong berwarna biru kemudian dihiasi dengan pelbagai bentuk awan, yang adakalanya berbentuk seperti bayi, binatang, adakalanya juga kosong tanpa bentuk apa pun..
Tapi masih kelihatan cantik ciptaan ALLAH swt itu..
Cantik lagi takdir yang ALLAH swt telah tetapkan untukmu juga untukku..
Sama juga tika kau lakar keinginanmu, impianmu.. lakar juga DOSA-DOSA yang pernah kau lakukan..
Kerna setiap keinginanmu belum tentu ke arah kebaikan mungkin saja perkara-perkara yang boleh mendatangkan DOSA..
impianmu juga..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Kenapa begitu??
Bila kau lakar dosa-dosamu, barulah kau mula sedar yang dosa itu begitu banyak ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Aku harus dan perlu BERTAUBAT sentiasa dan taubat bukan suka-suka boleh ditangguhkan, bukan juga suka-suka boleh sambil lewa..
SESEGERALAH KAMU..
Kerana kematian tidak mengenal usia walau masih banyak keinginan serta impianmu yang ingin kau capai..
Aku cuma berpesan pada diri, dan semoga apa yang tertulis sentiasa diingati sampai bila-bila serta rujukan pada masa akan datang๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
#SHAR
#salahtego2laa


JADILAH SEPERTI BUNGA YANG MEMBERI KEHARUMAN BAHKAN KEPADA TANGAN YANG MENGHANCURKAN..
.
Wanita itu cantik..
Wanita itu hatinya lembut dan rapuh tika mencintai seseorang..
Wanita itu sifat penyayang melebihi segalanya..
Wanita itu adakalanya tidak mengenali bagaimanakah ia sebenarnya..
Wanita itu seperti mekarnya sekuntum bunga yang mewangi serta menarik kumbang untuk hinggap di kelopak serta menghisap madunya..
Wanita itu penuh dengan perasaan..
Wanita itu insan yang kuat dimana lelaki juga tidak mampu untuk menandinginnya..
Wanita itu adalah ibumu, kakakmu, adikmu juga saudaramu..
Atas sebab apa kamu perlu menyakitinya??
Atas sebab apa kau tidak menghargainya??
Maka HARGAILAHH sementara masih ada..
SAYANGILAHH sebelum ajal menjemput tiba..
maka kau akan dapat merasai kenikmatan yang selayaknya..
๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
#SHAR
#salahtego2laa



Wednesday, 18 July 2018

Gambar hanya lah cerita yang belum tentu kebenarannya

Masyarakat NOW DAYS...
aku yang terlalu tertutup fikirannya.. atau mereka yang terlalu terbuka??
Aku bukan orang besar yang kuat pengaruhnya..
Aku juga bukan orang yang ramai kenalan..
Aku cuma manusia biasa yang adakalanya pelik dengan sikap manusia lain..
Sudah cukup dengan pengaulan bebas sesama jantina.
Apa perlu pergaulan sesama jenis??
Yang melampaui batas??
Yang mana disokong??
Yang mana dipuja???
Yang mana ia semakin berleluasa๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Semoga Allah swt sentiasa lindungi hati-hati mereka yang ingin bertaqwa kepadanya..
Manusia hidup asal dari tanah dan kembali kepada tanah juga..
Jangan sampai bumi tidak menerima jasad kita๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Dunia semakin TENAT๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
.
Rasullullah SAW bersabda yang artinya : “Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” (HR Tirmidzi , Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad )
.
#SHAR
#salahtego2laa


Disebalik kecerian wajah yang kau lihat itu hanyalah topeng semata..๐Ÿ‘บ๐Ÿ‘บ
Topeng yang ingin ditutup tanpa membuka cerita hati yang sebenar..
Disebalik senyuman yang selalu terukir, dibalik senyuman matanyanya masih terdapat banyak perkara yang dipendam tanpa mahu diungkap.
Kerna ungkapan hanya membuatkan titisan air mata mengalir lagi..๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Disebalik gambar itu juga hanyalah kepalsuan yang tidak ingin dibongkar dan diceritakan kepada mereka..
Ia hanyalah sekeping gambar yang hanya dilihat tanpa kaca mata hati..
Semoga kesedihan yang kau hadapi membuat kau lebih kuat..
Semoga kepura-puraan kau itu membuatkan orang sekeliling bahagia dengan sikap mu..
Semoga Allah swt sentiasa titip mereka yang baik yang membuatkan kau tidak kenal erti lelah dan penat..
Jika kau keletihan, kau hanya perlu berehat sebentar dan teruskan semula..
Jangan kau biarkan ia terus terhenti tanpa ada penamat..
Oohhh iya we.. apa yang kau bebelkan pagi-pagi buta ni๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
#SHAR
#salahtego2laa