Saturday, 16 December 2017

Berpesan Pesan Laa Kamu

BERPESAN PESAN LAH😒😒

Kita sudah di penghujung. Bukan tak sedar tetapi terlalu takut untuk akui.
-
Fitnah akhir zaman.
Semakin hari semakin serius. Datang dalam pelbagai bentuk.
-
Ada orang dia mendedahkan aurat sehingga mengundang persoalan beginikah imej islam?
Ada orang dia bertutup litup, berjubah, serban tetapi tidak juga menjaga diri sehingga orang tertanya sangat pincangkah agama Islam?
-
Ada orang yang sangat memelihara akhlak walau yang lain tidak terjaga sehingga ada yang berfikir begini lebih baik.
Ada orang tidak menjaga lidah walau solat fardhu lima kali sehari sehingga ada yang memutuskan untuk menjauh dari orang sebegini.
-
Muhasabah diri kita. Lihat diri kita. Di mana sebenarnya tahap Islam yang kita bawa dalam diri kita?
-
Hari ini, yang terdedah, yang mengubah ciptaan Allah, mereka ini dipuja.
Hari ini, yang tertutup, yang disangka ustazah ustaz menjadi penunggang agama.
-
Kita.
Terlalu takut dengan kedatangan dajjal tetapi tidak mahu muhasabah diri sehingga tidak sedar diri sendiri juga mengundang fitnah buat agama tercinta.
-
Lelaki dan perempuan. Tak perlu tuding jari pada sesiapa. Berpesan-pesanlah pada diri sendiri supaya bukan kita yang menjadi fitnah akhir zaman.
-
Dajjal.
Makin hampir.
Gementarlah.
Berubahlah.
-
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai


Friday, 1 December 2017

Perjalanan kisahku bersama sehelai kain

Asslamualaikum dan hye dekat mu blog..


Lama dah tak update kan, sebab tak de mud hehe. Lagi pun idea nak menaip pun mcam tak de.. 
Hari ni, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip semula.

Berbalik kepada tajuk.. sehelai kain??
kain ape tu??
ada yang tertanya tak??

untuk pengetahuan sehelai kain yang dimaksudkan dekat sini adalah purdah bahasa sinonim bagi mereka yang menutup muka.. 
sebenarnya banyak istilah yang diberikan  seperti cadar *lebih kepada orang indonesia , niqab *untuk yang mereka memakai nampak mata sahaja , burqah *tutup semua , purdah pula tutup sebahagian muka dan menampakkan dahi..
apa pun istilah yang diberikan ianya adalah untuk menutup muka laa...
banyak pendapat tentang menutup muka ni.. ada yang wajib ada yang harus, yang ni korang semua kena rujuk yang pakar laaa...
sebab tujuan awe menulis ni pun just nak simpan perjalanan sendiri untuk dibaca masa akan datang..

untuk kisah awe pulak sebenarnya purdah/niqab ni awe dah tau dari kecik sebab bila mak 'keluar' 3 hari mak akan mengenakan pakaian serba hitam dan purdah..tapi mak pakai bila 'keluar' jer..
untuk pakaian harian biasa jerr.. sebab ada sesetengah keluarga dia memang pakai tiap kali untuk keluar rumah..
untuk awe pulak untuk pertama kalinya bila belajar madrasah tahfiz tempat abang-abang pernah belajar dulu, itu pun masuk sebab lepas habis sekolah menengah then abah hantar madrasah sekejap sementara dapat sambung belajar diploma.

bermulalah perjalanan awe dengan sehelai kain, 
ewaahhh~ 
cerita dia :p

masa tu pakai pun sebab time kat madrasah jer laa.. bila diploma pulak ada niat untuk pakai, tapi niat jaa laaa.. 
tak jadi apa pun heee~
tapi adakalanya pakai jugak, tapi boleh kira laa dengan jari bapa kali jaa cuba nak pakai semula, tapi tak ada kekuatan..
manusia kan, takut betul dengan penerimaan orang sekeliling, tapi alhamdulilla penerimaan kawan tu tak de laa teruk, tak ada perli-perli ke apa.. 
sebab kawan sekeliling semua baik-baik, dan memang Allah swt tu beri orang yang baik-baik jer yang berdekatan.. 
bila naik degree tengok pelajar lain ramai pakai dekat tempat belajar, niat kan hati tu timbul semula,
tapi still tak ada kekuatan, sedih kan T_T...
sebabnya ada member diploma cuba jugak untuk berpurdah tapi tak kuat dan buka semula atau pun ada sebab-sebab tersendiri yang menyebakan dia buka..

tau tak bila KEKUATAN TU TAK ADA jadi susah, semangat untuk cuba berubah dan menutup muka tu turun lagi sekali..
tapi awe still cuba pakai terutamanya bila nak balik dari rumah atau pun dari rumah ke IPT..
abah ambik dan nampak anaknya, tak ada cakap apa-apa pun huhu..
cam biasa, macam biasa, macam tak ada apa-apa berlaku...

tiap kali balik pakai, tak pun kalau awe keluar sorang-sorang, biasanya pi pejabat pos atas IPT jalan kaki nonong jaaa, tak peduli keadaan sekeliling..
*memang suka keluar sorang-sorang berani tak beranikan diri jaa..
tapi seram jugak kadang-kadang banyak kes kan...

Sampai sekarang dan akhirnya perjalanan kisah ku menginjak ke sem 5 dan tahun akhir degree..
cuba cari kekuatan dan kekuatan tu datang..

pada tarikh 21 NOV 2017 harii selasa keluar bilik dan pakai dekat dalam IPT..
nak keluar amik kunci bilik berteman kan kawan 
*adik senanya, sebab muda lagi dari aku aha~ 


DIAOLOG : 
"hawe ke ni??" aku pulak balas "ehh kenal ke?? ingat tak kenal aha~ 
*sambil gelak disebalik sehelai kain..

sekarang bila keluar nak pi kelas pun dah pakai, abaikan suara-suara "awe ke tu??" haha~
ye laaa sis laa tu, rupanya ada yang mudah jer kenal melalui mata jerr dah cam, terer gak korang kan, ada jugak yang tak kenal, sis pun buat tak tau jaa hehe..
.
dan awe harap dapat istiqamah dalam melakukan sesuatu..sebab benda paling berat untuk dilakukan adalah ISTIQOMAH dalam melakukan sesuatu perkara..
itu  sahaja laahh kisah yang dapat diceritakan serba sedikit, nak cerita detail alamat lama lagi laa depan laptop ni..

ni antara budak usahawan, sebab time program tu sis tak pakai pun, naik sem baru ni jaa pakai, sha ni pulak jenis laju jaa cam, sempat lagi dia kata "kak selfie kak selfie" aku pun layankan jaaa.. kali kedua dia nak selfie aku x mau.. x sangka dia update kat story wasap dia.. sis pun ps jaa..

kalau diikutkan ada kisah sebaliknya juga sebab apa awe nak dan teringin sangat pakai..
in syaa Allah kalau ada masa terluang lagi cik awe kite ni akan bebel kat dalam blog dia ni ye 
*senyum manis semanis awak yang membaca ni :p

Saturday, 25 March 2017

Review : PORCELAIN DOLL SKINCARE By VIVILIN LONDON

Assalamualaikum semua..
Hari ni ct nak review tentang satu produk nie..
Best tau sebab dia 100% menggunakan bahan-bahan organic dan lagi best dia berasaskan waterbased..
Kalau yang sebelum nie ct ada review tentang set eskinol little luxury skincare kat kat link ni.. kalau yang ni berasaskan oilbased.. tapi kedua-duanya pun bagus..
Dan kedua-dua produk ni dibawah brand VIVILIN LONDON..
Okey permulaan ni faham kan huhu.. mana-mana tak faham nanti whatsapp kat nombor bawah sekali tu ye..
Perkenalkan ni dia…

Set PORCELAIN DOLL SKINCARE..


 

Nak tau apa dalam dia??
Terdapat 4 item didalamnye…okey ct akan perkenalkan satu-satu dan kasi tau bahan serta kebaikan dia ye…
Hehe kali nie punya entry memang panjang harap korang yang tengah survey skincare tu dapat sabar membacanya..
PERTAMA

APAKAH BENDA NYA NI?
First step ialah cleaning dengan porcelaindoll soap bar. Bintik-bintik hitam tu 'poppy seed' mana bila cuci muka rasa bersih sngat dalam erti nya yang lain scrub scrub muka. Function soap bar ini adalah untuk membersihkan dan mencerahkan kulit ala-ala patung porcelain doll.

Tekstur porcelain doll soap bar :
- Tekstur putih, ada biji biji di panggil poppy seed bgs utk scrub dan buih seperti cream. Bukan buih sabun.

Kebaikan porcelain soap bar : .
-Melembutkan dan melembapkan kulit badan dan wajah normal. Sensitif skin digalakkan.
-Menghaluskan kulit kering dan pecah-pecah.
-Membersihkan kulit dan menyegarkan.
-Membantu mengangkat sel-sel kulit mati dan kotoran.
-Membantu mengubat jerawat dan penghilang noda bekas jerawat. 


KEDUA

APAKAH BENDA NYA NI?
2ND STEP ialah memakai PORCELAINDOLL Ampoule. Wah lain mcm bunyinya. Ne function lebih kurang booster light version eskinol tp di upgrade menjadi dalam bentuk serum pula. Ampoule merawat, dan membaik pulih kulit ke arah kulit ala-ala porcelain gitu yang mulus and dewy.

Porcelain doll skincare ampoule texture :
Tekstur dan molekul lg lembut dari serum dan cepat meresap.
(Sila letak di tempat sejuk bagi mengelak ampoule tersejat)

KEBAIKKAN
-Membuat struktur kulit lebi kencang dan kenyal.
-Melembabkan kulit wajah.
-Menyamarkan kedutan pada wajah hingga leher.
-Mencegah penuaan.
-Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit.
-Memberikan sensasi kulit bersinar yg lebih cerah.
-Menutrisikan kulit.
-Mencegah pengaruh buruk polusi udara dan sinar matahari.
-Menghilangkan flek pada wajah

KETIGA

APAKAH BENDA NYA NI?
3RD STEP ialah apply PORCELAIN DOLL MOISTURISER aka snow white luxury.ne semua dah taw kan best nya camna snow white luxury kita tu.

Tekstur porcelain doll moisturiser aka #snowwhiteluxury :
Tekstur putih dan pekat. Namun bila apply natural glowing.

Kebaikan PD moisturiser:
- melembabkan kulit seperti doll.
- melindungi kulit dari makeup.
- membantu kulit wajah awet muda.
- membentuk stuktur kulit.
- memutih dan mencerahkan.
FINAL APAKAH BENDA NYA NI?
STEP FINAL ialah apply PORCELAIN DOLL DREAM SCREEN. Dream sudah admin ni. Cream ni ala-ala eskinol face balm tp dlm bentuk liquid, mencerah merawat dan menghalang sinar uv. Krim ni yang bestnya muka shining dewy, tapi x berminyak pun.

Tekstur porcelain doll dream screen:
Tekstur seperti foundation mousse senang apply dan rata serta tidak bercapuk.

Kebaikan porcelain doll dream screen:
- melindungi kulit dari sinar uv matahari.
- function ala-ala bb cream.
- mencerah dan merawat kulit .
- sesuai utk individu yang ingin cepat-cepat keluar rumah



PORCELAIN DOLL SKINCARE SET RM80


CARA PENGGUNAAN SIANG DAN MALAM
STEP 1
PD SOAP BAR

Cuci wajah anda dengan PD soap bar , bilas dan keringkan. Siang dan malam.
.
STEP 2
PD AMPOULE

Sapukan secara nipis PD ampoule sehingga meresap ke dalam kulit dan biarkan beberapa minit. Siang dan malam.
.
STEP 3
PD MOISTURISER

Sapukan secara nipis sahaja PD moisturiser ke seluruh wajah. Siang dan malam.
.
STEP 4
PD DREAM SCREEN

Ambil sejumlah kecil PD dream screen dan sapu secara merata ke seluruh wajah. Siang dan malam. Langkah ini boleh di abaikan pada waktu malam.


UNTUK MAKLUMAN DAN UPDATE TERKINI boleh layari 
instagram vivilin_qe_siti
facebook Siti Hawa Abdul Rahman
atau pun boleh jer terus 
whatsapp ct di 0178863107 untuk pembelian..

Monday, 6 March 2017

DOA waktu Hujan

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat illahi Allah swt bagi kesempatan nak update blog..
Hee dah lama tak update blog..
Tak de mood..
Ni ade mood tu update..
Huu dan macam biase ak akan update bila masuk mood final ahaaaa..
Tak da laaa.. berbalik kepada tajuk..
Nak tau apa sis doa kalau waktu-waktu hujan macam ni??

Sis doa..
Allahumma zauwwijni bi MAHBZ
maksud : ya Allah kahwinkanlah aku dengam MAHBZ
Nak tau kenapa??
Sebab waktu hujan-hujan ni..
Doa mustajab, moh laa kita doa banyak-banyak..
Doa jugak semoga mood study membuak-buak keluar..
Nak study oiii
😭😭😭😭😭

aha okey tu jaaa..
Tapi doa turun hujan pun jangan lupa baca k..