BERPESAN PESAN LAH😢😢
Kita sudah di penghujung. Bukan tak sedar tetapi terlalu takut untuk akui.
-
Fitnah akhir zaman.
Semakin hari semakin serius. Datang dalam pelbagai bentuk.
-
Ada orang dia mendedahkan aurat sehingga mengundang persoalan beginikah imej islam?
Ada orang dia bertutup litup, berjubah, serban tetapi tidak juga menjaga diri sehingga orang tertanya sangat pincangkah agama Islam?
-
Ada orang yang sangat memelihara akhlak walau yang lain tidak terjaga sehingga ada yang berfikir begini lebih baik.
Ada orang tidak menjaga lidah walau solat fardhu lima kali sehari sehingga ada yang memutuskan untuk menjauh dari orang sebegini.
-
Muhasabah diri kita. Lihat diri kita. Di mana sebenarnya tahap Islam yang kita bawa dalam diri kita?
-
Hari ini, yang terdedah, yang mengubah ciptaan Allah, mereka ini dipuja.
Hari ini, yang tertutup, yang disangka ustazah ustaz menjadi penunggang agama.
-
Kita.
Terlalu takut dengan kedatangan dajjal tetapi tidak mahu muhasabah diri sehingga tidak sedar diri sendiri juga mengundang fitnah buat agama tercinta.
-
Lelaki dan perempuan. Tak perlu tuding jari pada sesiapa. Berpesan-pesanlah pada diri sendiri supaya bukan kita yang menjadi fitnah akhir zaman.
-
Dajjal.
Makin hampir.
Gementarlah.
Berubahlah.
-
#usrahsantai
#BiarSantaiAsalSampai
No comments:
Post a Comment