Friday, 1 December 2017

Perjalanan kisahku bersama sehelai kain

Asslamualaikum dan hye dekat mu blog..


Lama dah tak update kan, sebab tak de mud hehe. Lagi pun idea nak menaip pun mcam tak de.. 
Hari ni, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip semula.

Berbalik kepada tajuk.. sehelai kain??
kain ape tu??
ada yang tertanya tak??

untuk pengetahuan sehelai kain yang dimaksudkan dekat sini adalah purdah bahasa sinonim bagi mereka yang menutup muka.. 
sebenarnya banyak istilah yang diberikan  seperti cadar *lebih kepada orang indonesia , niqab *untuk yang mereka memakai nampak mata sahaja , burqah *tutup semua , purdah pula tutup sebahagian muka dan menampakkan dahi..
apa pun istilah yang diberikan ianya adalah untuk menutup muka laa...
banyak pendapat tentang menutup muka ni.. ada yang wajib ada yang harus, yang ni korang semua kena rujuk yang pakar laaa...
sebab tujuan awe menulis ni pun just nak simpan perjalanan sendiri untuk dibaca masa akan datang..

untuk kisah awe pulak sebenarnya purdah/niqab ni awe dah tau dari kecik sebab bila mak 'keluar' 3 hari mak akan mengenakan pakaian serba hitam dan purdah..tapi mak pakai bila 'keluar' jer..
untuk pakaian harian biasa jerr.. sebab ada sesetengah keluarga dia memang pakai tiap kali untuk keluar rumah..
untuk awe pulak untuk pertama kalinya bila belajar madrasah tahfiz tempat abang-abang pernah belajar dulu, itu pun masuk sebab lepas habis sekolah menengah then abah hantar madrasah sekejap sementara dapat sambung belajar diploma.

bermulalah perjalanan awe dengan sehelai kain, 
ewaahhh~ 
cerita dia :p

masa tu pakai pun sebab time kat madrasah jer laa.. bila diploma pulak ada niat untuk pakai, tapi niat jaa laaa.. 
tak jadi apa pun heee~
tapi adakalanya pakai jugak, tapi boleh kira laa dengan jari bapa kali jaa cuba nak pakai semula, tapi tak ada kekuatan..
manusia kan, takut betul dengan penerimaan orang sekeliling, tapi alhamdulilla penerimaan kawan tu tak de laa teruk, tak ada perli-perli ke apa.. 
sebab kawan sekeliling semua baik-baik, dan memang Allah swt tu beri orang yang baik-baik jer yang berdekatan.. 
bila naik degree tengok pelajar lain ramai pakai dekat tempat belajar, niat kan hati tu timbul semula,
tapi still tak ada kekuatan, sedih kan T_T...
sebabnya ada member diploma cuba jugak untuk berpurdah tapi tak kuat dan buka semula atau pun ada sebab-sebab tersendiri yang menyebakan dia buka..

tau tak bila KEKUATAN TU TAK ADA jadi susah, semangat untuk cuba berubah dan menutup muka tu turun lagi sekali..
tapi awe still cuba pakai terutamanya bila nak balik dari rumah atau pun dari rumah ke IPT..
abah ambik dan nampak anaknya, tak ada cakap apa-apa pun huhu..
cam biasa, macam biasa, macam tak ada apa-apa berlaku...

tiap kali balik pakai, tak pun kalau awe keluar sorang-sorang, biasanya pi pejabat pos atas IPT jalan kaki nonong jaaa, tak peduli keadaan sekeliling..
*memang suka keluar sorang-sorang berani tak beranikan diri jaa..
tapi seram jugak kadang-kadang banyak kes kan...

Sampai sekarang dan akhirnya perjalanan kisah ku menginjak ke sem 5 dan tahun akhir degree..
cuba cari kekuatan dan kekuatan tu datang..

pada tarikh 21 NOV 2017 harii selasa keluar bilik dan pakai dekat dalam IPT..
nak keluar amik kunci bilik berteman kan kawan 
*adik senanya, sebab muda lagi dari aku aha~ 


DIAOLOG : 
"hawe ke ni??" aku pulak balas "ehh kenal ke?? ingat tak kenal aha~ 
*sambil gelak disebalik sehelai kain..

sekarang bila keluar nak pi kelas pun dah pakai, abaikan suara-suara "awe ke tu??" haha~
ye laaa sis laa tu, rupanya ada yang mudah jer kenal melalui mata jerr dah cam, terer gak korang kan, ada jugak yang tak kenal, sis pun buat tak tau jaa hehe..
.
dan awe harap dapat istiqamah dalam melakukan sesuatu..sebab benda paling berat untuk dilakukan adalah ISTIQOMAH dalam melakukan sesuatu perkara..
itu  sahaja laahh kisah yang dapat diceritakan serba sedikit, nak cerita detail alamat lama lagi laa depan laptop ni..

ni antara budak usahawan, sebab time program tu sis tak pakai pun, naik sem baru ni jaa pakai, sha ni pulak jenis laju jaa cam, sempat lagi dia kata "kak selfie kak selfie" aku pun layankan jaaa.. kali kedua dia nak selfie aku x mau.. x sangka dia update kat story wasap dia.. sis pun ps jaa..

kalau diikutkan ada kisah sebaliknya juga sebab apa awe nak dan teringin sangat pakai..
in syaa Allah kalau ada masa terluang lagi cik awe kite ni akan bebel kat dalam blog dia ni ye 
*senyum manis semanis awak yang membaca ni :p

No comments:

Post a Comment