Sunday, 24 November 2013

Heliza Helmi Akhirnya!!!

haii!!! hoi!!! heyy!!!
nmpak tak kebengongan di situ hehe~ 
sekarang jam menunjukkan 2.25 pagi... ngantok nie sebenarnya sakit kepala kot tapi nak cerita sikit la kan mengenai KARNIVAL NUR RAUDHAH


di masjid yang tertera dekat banner dia tu ye huhu~ haa~ kejap mesti ada kan yang tertanya kat mana laa kulim tu...kan2???
kulim berada di KEDAH ye semua kepada pembaca saya orang Selangor dan merantau ke Kedah untuk menuntut ilmu yoouuhoo!!! 
peace yaw!! ^^v

memandangkan aku memang minat sangat dengan heliza helmi pada tarikh 24nov2013 pada waktu 5 ptang aku dah keluar nak pergi karnival nie sebab aku dapat tau HELIZA HELMI akan datang malam nie bagi ceramah, so dengan rasa teruja nya aku pergi laa...
teringin nak tengok dia..besar ke?? kecik ke?? teringin nak tangkap gambar dengan tuan badan nie..
memang minat sangat dengan dia..kira ikon aku laa..tapi tetap MUHAMMAD s.a.w yang nombor 1, kalau artis heliza laa yang aku minat giler2+++++++ macam tarikh kat atas kan 3 hari, 3 hari berturut-turut aku pergi tapi sekadar cuci mata tengok barang-barang dan ade gak beli satu jubah nie lawa wey!!! bagi aku laa tak tau laa korang cam ne, meyh nak tunjuk sikit...

semak-semak kat belakang tu buat tak tau jer ye haha~ akhirnya jubah sem6 aku dapat beli dengan harga RM35 sahaja di karnival tu..
memang untung laa kan, kain jenis cotton...
kalau nak tau aku memang jenis kumpul jubah tapi tak banyak laa tiap-tiap sem aku akan beli jubah so sekarang dah ade 6 jubah *kata hooraayyy cepat!!!!!!!!!! haha~ :P
beli guna duit PTPTipu laa so kena pandai berjimat tak boleh boros sangat asyik fikir shopping jer, duit tu untuk belajar k *stop mengarut awe sekarang nak cerita pasal karnival bukan jubah ko haha~

HELIZA HELMI muncul selepas solat isyak dalam pukul 9 malam cam tu bersama jemputan lain SHAM KAMEKAZE dan IMAM MUDA ASRAF johan musim pertama, sebelum magrib diadakan qasidah dari madrasah dekat-dekat kulim jugak...


budak-budak qasidah sejuk jer kalau tengok diorang nie dah laa pakai baju putih fav kaler aku tu huhu~

selesai jer semua tu semua orang berebut nak tangkap gambar..beratur uh....aku cuma dapat bersalaman dengan dia jer..kira okay jugak laa..1st time aku jumpa face to face tak sangka kecik jer orang nye, dah tu kurus betul jeles pulak hehe~ aku pun nak kurus jugak, dah la putih haa nie aku pun nak jeles jugak boleh tak ngee~ *ngengade ko we~ sembelih laju2 kang ahaxs~ :P..aku pun sekali laa kan tapi banyak laa gambar tak menjadi nie antaranye ye..

tengok dari jauh jer dapat aku tangkap tu pun tak berapa nak clear kan sob3~ T__T...
teringin sangat nak tangkap gambar dengan cik heliza nie bilakah waktu tu akan tiba??? huwaaaa!!!!!!
*nangis panjang guling-guling macam baby nak susu aha...

                    
gambar tak edit kaler kanan edit kaler kiri..
mana cantik?? hehe~ gambar nie jer yang aku rasa cantik berbanding yang lain...
kalau diikutkan blur jer.. manyak sesak oooo mau tengok dia secara dekat maa~*longat cina plak..ramai sangat orang...
sampai ke hujung uh aku kejar nak tangkap gambar tapi tak dapat pun sebab dia dah nak pergi ke tempat makan yang dikhaskan kepada tetamu jemputan yang lain..dah tak dapat uh dengan perasaan hampanya aku pun pulang...

habis jer tu aku balik semula ke kamsis kesayangan ku nie, numpang bilik kawan jer aha~ masuk dewan jap sebab kunci bilik kawan aku tu kat dia bukan kitorang dapat masuk pun, then kat dewan tu apa lagi nampak wifi cepat-cepat on9 facebook nampak laa page HELIZA HELMI nie post gambar kat mana program yang dia buat tu dan sedang berlangsung...

dari page dia SINI...
nampak tak aku duduk depan tu betapa teruja nye nak tengok HELIZA HELMI, aku yang pakai shawl OREN..
asal nampak besar semacam jer aku tu er..tipu nie haha~
aku pergi nie pun dengan kawan aku laa sebelah tu haa pakai tudung kuning Mazni nama nya wee2~..

sampai di sini saja cerita untuk pagi-pagi buta nie jam dah menunjukkan 3.30 pagi..apa kata kau tidur ye cik awe!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

cotcet2 by cik SH







Kesabaran Sang Si Suami

gambar hiasan dari SINI...

Ramai lelaki mahu sangat cari ciri isteri yang lengkap , pandai masak . Pandai itu ini . Tapi diri ? Pun tak lengkap , Pun ada kurang , Heyy tipulah kalau kau lengkap wahai lelaki ??? Mana ada sang lengkap selain Dia . jangan nafikan itu . . 

tak perlu sesempurna dan setampan NABI YUSUF, tak perlu secantik RATU BALQIS cukup lah sekadar mempunyai hati yang nurani yang sentiasa berpegang teguh dengan ALLAH s.w.t..


Pada saya lah . Tak perlu ,

Ini cerita saya . Dia tahu saya taktahu masak , Dan dia sangat tahu masak , Dia kerja pun jadi tukang masak , Cita-2 nak jadi chef hotel . Dia memang sangat pandai bab2 makanan , FNB . Tahu buat air semuaa . memang pandai . Tapi tetap makan apa pun saya masak , Selalu licin . . Dia selalu request telur dekat saya , . huu . Dia kata dia suka saya masak telur , Kadang sampai taktahu nak masak telur apa . Haha , Maybe dia rasa tu paling senang untuk saya buat . hik . Lama - lama terasa nak belajar masak macam-2 untuk dia , Dia tahu saya memang pemalas nak mampus . Ulang suara , Pemalas nak mampussss .. Tapi selalu dia bagi saya masa , Kadang bilik bersepah dia suh saya kemas , Tapi saya slalu cakap kat dia , awk kemaskan bolehh ? Nanti saya jaga tak bagi sepah , Lepastu akan sepah balik , Tapi akan berulang - ulang . Awak kemas nanti saya jaga . Haha . Dah lama baru berusaha nak kemas . Basuh baju pula . ? Sama2 kutip , saya Jalankan . Dia sidai , kadang dia jalankan , dia kutip , dia sidai , haha , kan dah kata saya pemalas nak mampuss . ? huu , Sebab saya selalu malas pakai lengan panjang , Saya kata , Awak kalau benarkan saya keluar ni awak berdosa orang nampak lengan saya . Huu , Alasan baik punyaa .  Tapi lama2 tengok dia tergolot2 bangun awal nak basuh baju semua nak pergi kerja , Saya buat , Basuh dan sidai . Peningkatan yang baik bukan ? hee . 

Walau dia baru balik kerja . Saya siap makan air semua dia yang risau , Selalu tanya saya larat atau tidak , Jangan buat kerja banyak , Saya basuh pinggan pun kadang - kadang ditolaknya saya . Nak angkat pinggan pergi dapur dalam 4 pinggan pun dia bising kata tak berat kee ? Asik tanya yang sama jaa , Larat ke , Larat ke , Jangan buat banyak kerjaa . Walau dia tahu isteri dia tidak kerja , Duduk umah on9 jerr . hee . . 

Dari dulu , Kalau dia ada kerja awal pagi , Kul 4 atau 5 pagi pun dia sanggup bangun awal sikit bawak pergi sarapan , Dating mamak dulu sebelum kerja , Haha , Sebab saya selalu kelaparan waktu-2 bergituu . Kuat makan sangat rasanya . 

Dia tak Alim , Tak warak , Tak kuat agama pum , Memang dia selalu baiki , Walau kadang- kadang separuh jalan , Haha , Walau tak kuat agama , dia selalu nak jaga saya dari pandangan manusia , Mata si manusia . Tapi kadang saya rasa cukuplah , Ini sudah cukup . Dia ada budi . 

Abdul Majid Mahmud Mathlub dalam kitabnya Al-Wajiz Fi Ahkamil Usroh al-Islamiyah dan Sayyid Sabiq dalam Fiqih Sunnah menjelaskan bahwa sebagian fuqaha berpandangan seorang suami tidak boleh menuntut istrinya secara hukum untuk melakukan pekerjaan rumah. Karena akad nikah yang terlaksana antara mereka berdua hanya bermaksud menghalalkan bergaul antara suami istri untuk menjaga kehormatan diri dan menghasilkan keturunan.

Sebenarnya isteri layan suami sahaja , Bukan buat kerja rumah . Tapi banyak yang cari isteri serbaguna . Maaf cakap , Perempuan takkan berkira , Sebab sayang . . Tapi cukup kalau bagi kami bahagia , Walau makan pakai tak cukup , Kami tetap akan jaga dan buat semua , Asalkan buat kami bahagia Dan tetap berusaha mencukupkan semua . . Jaga kami selayaknya seorang isteri . Jadi kami takkan terfikir untuk mempersoalkan pun kewajipan si suami . 

Jadi . Cukup seadanyaa . Jangan selalu lihat dan pilih , Sebenarnya si wanita yang harus pilih , Ya , Bagi saya , si wanita yang harus pilih sebab ? Takkan dia nak yang susah ? habislah kelengkapan hidup dia dan anak nanti ?? Takkan nak yang tak beragama kuat , Habis nanti anak - anak jadi apa . Siapa nak ajar kami hingga syurga !? Tapi kami tak memilih , Kami ada hati , Kami ramai yang mahu hati yang ikhlas . Bila hati lelaki ikhlas , Tanggung jawab akan terasa sendiri . betul tak lelaki ?  

Nak yang tahu macam - macam bolehh sangat , Tapi bayar selayaknya dia , Yalah . mu kerja , ada kemahiran , Orang bayar atas kemahiran kamu , Isteri sendiri takkan berkira ?? Kalau nak ungkit makan yang dibagi , Tempat tinggal yang diberi . Anak-anak yang dibagi makan . Ohh stoplah , tak payahlahh kahwin And takpayah terfikir pun nak kahwin . , Tanggungjawab dah memang begitu , Tak puas hati jumpa Tuhan , Tanya dan mintak kelonggaran pada tuhan . 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang untuk menyembah yang lain, aku akan memerintahkan isteri untuk menyembah suaminya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tanya pada nabi Allah , Kenapa ada hadis bergitu ? Hadis bergitu bukan tunjuk lelaki tu bos/tuan untuk disembah - sembah . Tapi kerana kewajipan suami sangat tinggi menurut islam . Memang sangat tinggi . Mendidik semua kerja suami . Kerana apa lelaki yang dipilih jadi imam . ? Pemimpin ? Bukan senang . . ! Bukan senang . ! Andai lengkap semua , Aku yakin sang isteri pun sanggup sembah suami selayaknya dia . Dek kerana kesanggupan mengorban diri untuk memberi yang lengkap untuk seorang manusia . Anak ? berapa manusia pula selepas itu . ? Menanggung lagi dosa dosa kami . Besar . Sangat berat . .
Kata umi ku , Suami nanti , Nak masuk syurga , Diheret oleh isteri dan anak - anak . Allah . Besar tanggungjawabnyaa . 


gambar hiasan dari SINI....


Panjang benor aku tulis . Maaf lah andai ada terasa , Semua orang pandangan tak sama . Takkan sama . Jadi . Andai ada ketidakpuasan maafkan . Sedangkan saya dengan dia dah 4tahun kenal pasal menda kecik pun lain pemikiran , Apa lagi kita yang tak pernah bertegur sapa pun . Sekian 

Adakah yang sama pemikiran dia dengan saya ? Dan adakah lelaki yang berfikiran bergini ?


Diambil dari cerita sendiri  SINI....

Thursday, 21 November 2013

Cinta Bersabarlah




Siapapun yang membaca tulisan ini...
Percayalah, kamu tidak akan pernah hidup sendirian didunia ini.
Ada seseorang di luar sana yang menyayangi dan mencintaimu
lebih dari yang kamu tahu..

Yang akan mencintaimu apa adanya, bukan ada apanya.
Yang akan menyayangimu karena hati bukan karena harta dan fisikmu..

Dia akan mencintai dan menyayangimu dengan setulus hati dan sepenuh jiwa.
Yang akan setia menemani hidupmu...
dikala sehat dan sakitmu,
dikala susah dan senangmu,
dikala derita dan bahagiamu
dikala sedih dan senyummu,
dikala perih dan pahitmu,
dikala butuh dan tuamu
dikala gelap dan terangmu,
dikala panas dan teduhmu
dikala mendung dan hujanmu,
dikala petir dan pelangimu.

Hanya saja...
Kita tidak tahu dimana dia sekarang, sedang apa dan bagaimana.
Apakah dia baik-baik saja seperti yang kau harapkan dalam sujud
malammu...
Ataukah dia sedang menangis diatas sajadah bersama Tuhannya..
Dalam penantian kekasih halalnya.

Dia adalah pasangan hidupmu yang masih menjadi misteri bagimu.
Misteri bagiku dan misteri bagi kita semua yang masih percaya akan cinta sejati..
ALLAH akan mempertemukan kalian diwaktu dan tempat yang
tepat Pada akhirnya...

Bahagia akan menghampiri dan
memelukmu dengan erat.
Belahan jiwamu akan selalu ada untukmu kerana kau adalah
separuh nafasnya.
Dia akan selalu menjagamu karena kau sangat berharga dari
apapun..
Dia akan selalu tersenyum kerana kau adalah jantung hatinya..
Dan dia akan selalu mendo'akanmu kerana kau adalah separuh hidupnya..

Semoga kita segera dipertemukan dengan jodoh yang sholeh/sholehah dalam naungan cinta_NYA tuk menggapai Surga_NYA.

Aamiin Yaa Rabbal'Aalamiin..

Never Look Back Move Forward

Dia tak cantik menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.
Matanya tak galak, tak redup,
Hanya mata biasa-biasa,
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow,
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.
Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.
dan dia, ya dia selesa begitu.
Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut.
Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.
Dan dia, ya dia selasa begitu.
Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.
Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.
Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri,
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.
Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia”
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.
Dipujuk hatinya,
Walau terasa ingin mencuba,
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba,
kalau dia turutkan kata hatinya.
Ya, biarlah.
Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.
Ya, dia selesa begitu.
 from iluvislam ^^,



Tuesday, 19 November 2013

Review : Ruuhul Hubbi Collection

hai!!! 
hari nie rase nak perkenalkan dekat korang produk-produk dari 
RUUHUL HUBBI COLLECTION


salah satu cover photo dia, cantik teringin jugak nak belajar edit gambar macam nie hehe~ 

produk nie lebih kepada jualan tudung dan kepada para niqabis....yang pasti dia memang mengikuti syarak yang di tetapkan...
1st time jumpa page nie sebab aku memang rajin tinjau-tinjau page jualan barang-barang nie huhu..
pertama kali tengok produk nie aku suke sangat dengan shawls nie..
tapi biasa la student kadang-kadang tu duit perbelanjaan untuk bulan tu dah habes jadi tak boleh laa beli benda bukan-bukan kan huhu..


suka dengan tepi-tepi shawl nie, banyak lagi kaler dia macam peace, baby blue, ungu lembut dan macam-macam lagi laa huhu~
suka sangat-sangat laa

time ada duit dah....stock habis pulak...yang bestnya aku tengok, produk dia cepat jer kehabisan stok ramai dah kot dia punya pelanggan yang setia yang nak produk dia nie..tapi aku memang suka tau, siap like dan juga tik notification bila dia ada update produk dia, yela biar aku sentiasa tau laa bila dia dah buka~
memandangkan owner dia nie merupakan student juga jadi kadang-kadang dia akan tutup buat sementara waktu jadi terpaksa tunggu la kan huhu..
then bila dia dah buka ada pulak dia buat jualan penghabisan stok dapat murah kot,cepat-cepat la aku grab rugi uh kalu tak grab peluang nie..
so, bila aku godek-godek aku berkenan sangat dengan shawl nie jadi aku cepat-cepat PM dan trus beli laa huhu harga asal RM29 dan dapat RM22 untung kan huhu..yang nie


yang nie best!!! aku pakai cantik jer tegak umpama pakai inner dalam..lawa laa senang cerita...
dapat jer dari posmen, aku terus try pakai rasa suka sangat sebab shawl dia besar dan murah...
adik aku balik dari jamuan kelas dia terus aku sarung kat dia pulak nak tengok dan jeng jeng yang nie laa hasilnya..
boleh tengok kan dekat hujung kepala tu tegak kan tak lentok-lentok pun dan muka pun tak nampak bulat...betul tak huhu~ aku pun mesti laa pkai kat link SINI...
elok jer bila pakai huhu~ sangat laa suka.. banyak kali kot dah aku cakap huhu, ehhh kisah pulak dah suka sangat macam nie la jadinya  wee~

Antara produk dia...
scroll bawah ye...

shawl halfmoon labuh afya
shawl halfmoon kayla
fayha,hand socks jejari

niqab abra

nibaq an-nuur
sheath hijab,cara pemakain dia..

antara kaler yang ada untuk sheath hijab..
yang bestnye selain shawl yang lawa-lawa ada jugak niqab, handsock yang lawa-lawa ukhti nie jual, dan sangat limited stok tau, so sape cepat dia dapat laa, banyak lagi sebenarnya...
kalau tengok memang rambang mata gak sebab lawa-lawa, pada sapa-sapa yang mula berhijrah nak berubah kepada lebih baik DAN nak labuh kan tudung boleh la korang shopping kat page nie


FB : RuuhulHubbiCollection
dia pon ada blog juga kalau free korang boleh la blogwalking kat sini k...
BLOG : Kisah dia~
jom terjah ramai-ramai ye tak rugi pun huhu~

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
Semoga usaha korang semua sebagai wanita di luar sanauntuk menutup aurat mendapat rahmat dari Allah. Allahumma Amiin.
#copy paste from ukhti laila.. ^^, 
dia kasi time PM ari tu.. korang pun mestlah biasa dengar kan..kat al-quran pun dah cakap..

Thursday, 14 November 2013

Kisah Pahit Manis dan Lawak

tarikh keramat pada 14 NOVEMBER 2013

kisah bermula apabila aku menerima panggilan dari kawan aku pada pukul 2.30 macam tu iaitu FATIN...
calling2 punya pasal dia ajak laa aku keluar dalam pukul 3 macam tu sempena cuti sem nie dah bosan kan duduk rumah jadi dia ajak laa berjalan pergi tengok wayang...
dia nie kalau nak ajak keluar tu tang2 tu jugak bukan nak cakap dari pagi ke ish3...
dengan pantasnya aku pun bersiap laa..pantas uh aku bersiap, biasanya aku ambik masa sejam awal kalau nak keluar mana-mana hatta aku pergi kelas pon..kalau kelas mula pukul 8 pagi aku mandi laa pukul 7 pagi, dan tak suka kalau buat secara tergesa-gesa biar tertib haha~ tapi kalau dah terlewat tu dalam masa 15 minit pon boleh siap, tu laa masa yang paling awal kot haha~ awal laa sangat kan kalau lelaki macam mana pulak cer citer cer citer kke~ :p
okey salah topik dah tu bukan cerita asal ye kawan-kawan semua..
kitorang rancang nak tengok wayang awal tapi jadi lambat pulak coz keluar jer dari rumah tu singgah klinik dulu nak ambil ubat untuk adik dia.. lama tau tak tunggu nak dekat sejam perghh!! bapak giler panas sebab aku tunggu dalam kereta ingat kan sekejap..ambil ubat jer pon...last2 aku keluar laa nak tengok dia dah siap ke belum dan3 aku masuk jer dalam klinik diorang pun dah nak keluar, agak menguji kesabaran di situ..nasib baik aku penyabar huhuhu~
kitorang pergi tengok wayang di SETIA CITY MALL Kuala Selangor...

nie lepas habes tengok wayang walaupun aku tak tengok sampai habis kan hukhuk,kitorang bukan pergi berdua jer tapi dengan adik-adik fatin nie haa ABIL & ANIS

dan merupakan pengalaman pertama aku berbuka puasa dalam panggung wayang..macam tak betul jer kan hakhak..( puasa sunat sempena 10 muharam nie) tiket pukul 6.40 P.M.. giler kan kau hawe mana kau campak magrib kau ish3!!! tak elok tau tak kau lewat kan solat kau..kau nak jadi manusia apa nie..*DUSH TUMBUK DIRI SENDIRI!!

cerita wayang yang kitorang tengok

cop!! aku ingat lagi kat diri sendiri dunia nie sementara wey, jangan kau layan sangat..

kitorang samapai dalam pukul 5.30 cam tu..sementara tunggu wayang mula kitorang main la bowling dulu lepas kan gian ahaxs!! ye laa setaun dah tak main bowling teringin laa pulak kan..
main-main aku tak menang pon kawan aku yang menang..aku bukan reti main,main untuk suka-suka jer huhu~
yea!! beli-beli makanan kitorang pun masuk dalam 6.45 lambat sikit laa nak habis kan bowling dulu, menu berbuka aku nugget dengan karipap, besar giler karipap dia inti ayam dengan telur RM2.80 berbaloi laa kot.. macam aku cerita tadi tak kan aku nak duduk kat dalam panggung wayang tu sampai habis waktu magrib giler ke apa hukx..dalam pukul 7.30 lebih macam tu aku pun keluar laa pergi ke tempat solat pusing2 jugak laa walaupun baru jer kejap tadi solat asar dekat situ..cerita orang putih best kot, ada kuasa-kuasa tapi tak pe laa kau tunai kan dulu ibadah yang wajib tu yer,bawak ke syurga kan, wayang tu tak de apa hal sangat laa.tapi rugi tang duit jer la kan..aku solat magrib terus dengan isyak kat situ jer laa alang-alang magrib dengan isyak jarak dia bukan lama pun..
akhir sekali lepas jer tengok wayang kitorang pun balik laa tapi teringin pulak nak makan pizza hut yang baru tu,, jadi balik tu kitorang pun singgah la dekat pizza hut kapar..
dekat sini laa perkara tragis yang berlaku memang malu laa kan hukxs mana tak malu...order-order bajet dalam RM37 macam tu jer.. last2 over bajet plak campur cukai dan ada sedikt kesalah fahaman masa nak order tu...haa mengelabah kitorang..mana nak cekuk duit nie wey!!! tak cukup lagi RM6 sapa-sapa tolong laa.. yang aku nie call laa kawan aku banyak kali asal tak angkat nie..muka masam dah tu tak tau nak buat apa..kalau korang,korang buat apa??
yang kawan fatin pun tak dapat nak tolong, meraung wey!!! nak buat apa nie?? T_T
bincang-bincang asal nak pinjam duit kat pekerja dekat situ tapi kitorang bayar guna melalui share topap laa..kredit aku sentiasa banyak jer jarang mesej sapa-sapa..boleh laa kan kira aku punya idea tu,

nie la pizza yang kitorang order dengan float aiskrim,float nie yang menyebabkan kesalah fahaman huh!!

DIALOG berbunyi

HAWA : tin aku cadang kita cakap jer laa kat adik tu (adik laa kot pekerja pizza hut tu la)
FATIN : ko nak cakap apa??
HAWA : macam nie apa kata pinjam kat adik tu duit, tapi nanti aku bayar guna share topap aku laa..
FATIN : boleh ke macam tu pergi la panggil budak tu (padahal muka cuak dah,berdebar-debar giler)

lama fatin fikir, macam mana nak panggil budak tu nie, aku pon tak tau huhu~

FATIN : kau nie tengah macam nie pun boleh makan lagi, aku dah tak de selera tau tak *xtau2 haha~
HAWA : habis tu nak buat macam mana, erm~ (aku dengan rase huaarrgghh!! ape aku nak buat nie, apa aku nak buat nie, malu habis dah tu, tak de duit nak bayar)
FATIN : adik sini kejap nak cakap nie, tolong bungkus nie (awe cepat la cakap) *sambil tengok kat aku nie haa..
HAWA : awak macam nie kitorang punya bajet tak cukup coz kira2 tadi ingat RM37 jer nie dah terlajak RM43 kitorang tak cukup duit (cakap nada perlahan tak nak kasi orang dengar) ingat nak pinjam duit adik nak bayar tapi nanti saya bayar kat adik guna share topap..
PEKERJA PIZZA HUT : maaf kak saya tak de duit, purse pun x bawak (macam tak leh percaya jer ciiss!! boleh tak bawak purse pergi kerje dalam hati aku laaa)
FATIN  : tak kan tak de kot dik..
PEKERJA PIZZA HUT :  tak de kak, apa kata saya cakap dengan manager jer dia sporting boleh bawa berbincang..
FATIN : ala tak payah laa..adik pinjam ke kat kawan adik  tak kan tak boleh..

cotcet3 panjang plak sketsa tak bertauliah yang aku taip nie..bincang-bincang ngan adik tu kitorang pun mengalah laa boleh laa dik jumpa manager tu *muka hampa dah..malu laa nak jumpa manager pizza nie, nak lari angkat kaki dah nie..kke~ tapi mana boleh..sementara menunggu adik tu pun suruh kitorang makan dulu sebelum manager datang, makan laa dengan hati yang tak berapa enak, DUG DAG DUD DAG~
haa~ manager pun datang laa sambil berkata ye ada ape masalah..kitorang pun cerita la dari A sampai Z kan, selepas itu manager cakap tak payah risau, tak payah laa buat muka sedih,sebelum nie pun ada jugak pelanggan yang tak cukup duit salah bajet katanya,
fuhh!! punya laa malu dia kata tak pela kira saya belanja jer tak payah risau, dalam hati tu dah tak kata apa dah syukur!! heaven kejap, baik jugak manager nie untung dia tak suruh cuci pinggan haha~
kitorang pun nak cepat dah lambat nak balik ye laa nak dekat 10.30 kot stuck kejap..pape pun TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MANAGER SAYANG ANDA!! ahaa~ dapat pahala bantu kitorang nie, pahala ambik kat syuga nanti ye huhu~ padahal tak tau pun nama manager tu tag tu memang kitorang tak pandang la kan.. hati cakap satu jer *cepat laa balik!! malu tahap gaban dah nie..boleh pulak kitorang cakap nak bungkus kat manager tu ye laa terus tak de selera kot nak makan bila tengok tak cukuo duit..dah bungkus tu ingat nak terus blaa laa nie, tak sangka pulak manager tu ada kat kaunter siap cakap terima kasih lagi~ *ciss!! perli ke ape??? takkisah2 aku nak angkat kaki nie tak pandang orang dah..malu seyh~ masuk jer kat kereta meraung uhh malu, fatin siap cakap lagi kenangan terindah nie padahal dia cuaakk habis kot kat dalam tu. memang tak jejak  la dah kat pizza hut tu
tu laa yang pling tragis la bagi aku, tak pernah terjadi kot..
maaf laa ye kitorang sebagai anak dara nie terpaksa pulang lewat bukan suka-suka pun tak suka laa, jangan ikut ye, anak dara tak elok keluar malam-malam nie ahaa~

PERINGATAN : pape pun laingkali kena bawa duit lebih kalau nak ke mana-mana tu ye biar tak terjadi lagi perkara macam nie..

cotcet2 by cik SH




Wednesday, 13 November 2013

Satu Perasaan Satu Hati

saat apabila ada satu perasaan yang timbul yang kita tak dapat tafsir kan pon perasaan apa itu??
hari nie kita akan bercerita tentang perasaan.. ye betul perasaan apa itu?? perasaan ingin bercinta?? tetapi kita tahu nak guide dia macam mana, jangan sampai terjerumus ke tempat yang tak sepatutnya, dan belum berhak untuk dimiliki..

yee bagi saya memang kadang-kadang susah nak kawal benda tu, tapi kita boleh fikir secara rasional kan,saya tak kan biarkan perasaan menyukai seseorang tu akan membawa kita jauh dari ALLAH s.w.t..bak orang kata kalau kita sayang seseorang kita tak nak bawa dia ke jalan neraka kan..




ramai perempuan sekarang begitu mudah untuk memberi hati, perasaan kepada seorang ajnabi yang belum tentu sah ditakdirkan dia..

tapi kenapa??
korang tak rasa ke itu merupakan pembaziran waktu??
pembaziran hati??

atau korang memang suka dihanyutkan oleh satu perasaan yang semestinya merupakan salah satu cara syaitan untuk kita terus jauh dari ALLAH s.w.t???

adakah begitu indah??
seronok??

tepuk dada tanya iman jika kita tak mahu dimurkai oleh ALLAH s.w.t kita tidak akan membuat perkara yang dibenci olehNYA..
hatta kita merupakan tunang orang sekali pon...
kita kena pandai jaga..

saya tahu kadang-kadang memang kita suka untuk melayan perasaan yang entah apa-apa tapi ingat jangan melampaui batas..saya pernah merindui seseorang yang mungkin dia tidak tahu pun, adakah berbaloi bagi diri yang lemah nie dan bagi saya memang perasaan itu tidak berbaloi langsung..dapat pahala ke?? kalau dapat pahala itu baru berbaloi..

korang-korang tau tak kita sepatutnya sebagai wanita ehem~ (perempuan) kalau boleh biar jadi mahal jangan sewenang-wenang menyerahkannya, bukan yang dimaksudkan tubuh badan tapi hati pon jangan serahkan selagi tidak sah...



bagi aku selagi kau bukan menjadi yang sah untuk aku, aku tak nak dan tak kan serahkan hati aku dekat kau, dan  kalau boleh berada di bawah sekali. contoh saya bagi secara peratus laa..



ALLAH s.wt <3 <3 <3 <3 <3 
RASULULLAH <3 <3 <3 <3
KELUARGA, IBU, BAPA <3 <3 <3 
DIRI SENDIRI <3 <3
mungkin LELAKI yang kita SUKA <3 

pastikan kita letak ALLAH s.w.t carta yang tertinggi dan nombor SATU DALAM HATI KITA...
sebab apabila kita dah letakkan ALLAH s.w.t
yang lain akan turut serta sekali..(faham tak)
korang dah besar mesti fahamkan..

kadang-kadang pelik juga orang yang berpenampilan nampak baik pun boleh buat perkara 
yang tak betul..

tu sebab apa?? 
nafsu??
terlalu mencintai??
atau apa??
  
salah ke..biarlah kita mencintai dia sekali pon kalau dah jodoh tak kan kemana..
jadi kita boleh cuba pisahkan perasaan tu dari kita dan terus maju untuk mencapai cita-cita dulu.
buat satu perkara yang ALLAH s.w.t suka DAN membahagiakan ibu bapa terlebih dahulu..
insyaallah perkara yang  baik akan datang kepada kita..


maaf aku bukan seorang pelajar sastera (aku merupakan pelajar pemasaran okey ^^,) yang boleh menulis dengan baik dan juga bukan untuk cuba bermadah..hanya luahan rasa yang ingin aku ketahui bagi pihak perempuan..dan adakah lelaki juga merasakan benda yang sama kalau berada di situasi yang sama??
korang boleh bagikan pendapat ye??
pendapat korang amat ingin didengari...
sekian terima kasih ^^,

 cotcet2 by cik SH...




Tuesday, 12 November 2013

Aku Ketika Praktikal

hye!! assalamualaikum~
ermmm~ patotnye sekarang aku nak study MUET..baru buat listening sikit..dah tak de mood wei!! tolong!!!
dengan keadaan hujan nye..syok tido kot..pastu hati ni rasa nak update blog huhu~ so sekarang mud untuk menceritakan kisah aku praktikal sem lepas laa..nak adaptasi untuk kenang-kenangan..nanti boleh laaa bila aku baca balik pastu gelak sorang2 kan haha~ lagi2 sekarang tengah cuti sem mmg mud cuti laaa..
k laa nak start bercerita nie...

Pada suatu hari, ececeh pada suatu hari segala laa..ko ingat nie nak buat karangan sekolah rendah dulu ke haha~ aku buat praktikal dekat HOTEL SERI MALAYSIA GENTING HIGHLANDS..kau ade?? haha~ aku buat praktikal nie dengan kawan ak FARAH AIDA AISYIKIN BT AHMAD nama penuh kau aha~budak kelas ak jgk laa..asal mintak dekat PUTRAJAYA..tapi tak dapat..dapat kat situ so terima dengan hati terbuka laa..k jom tgok tempat parktikal aku..

nampak tak serius tau buat kerja kke~ okey..nie lakonan semula ye...tapi meja uhh mmg penuh laaa...ak duduk dekat DEPARTMENT ACCOUNTING kawan aku yang lagi sorang tu duduk dekat DEPARTMENT SALES..tapi ak lebih buat kepada purchasing kadang2 tu huhu~tgok next picture er...

tgokkk!!! kan dhh ckp...penuh tau x..dengan nak buat PETTY CASHnye, update CASH BOOK,KEY IN DATA, PAYMENT VOUVHERnye, turun naik lif jumpa SUPPLIER and macam2 lagi laa..tapi ak sgt laa ske trun naik lif pastu gi department kawan ak..ak datang situ pon coz nak fax something then boleh jalan2 lagi kalu tgah ngntok uh...segar uhh boleh bejalan huhu~ untuk pengetahuan ye sye mmg ske bejalan kalu dah boring sgat uh...

macam ckp kat atas tadi lakonan semula bila berbincang *berbincang laa sgt huhu~
mmg nak tegelak laa..ak sohang jer kot..ye laa ingat nak masuk dalm report..tapi x masuk kan pon..yg tukang tangkap nie plak kawan ak yg dari POLI JB uh..dulu kan penah cter ape yg ak wat dah abeh praktikal uh dengn budah POLI JB nie haa kat SINI
kat sini jugak bila dah lme sikit dah rapt dengan akak2 nie baru tau akak yg free hair tu (dah hitamkan ye harap maklum sebab sekarang akak tu pon dah pakai tudung)  kawan akak ak kot sma2 buat degree dulu..x sangka boleh jumpa kawan akak aku pulak huhu~

praktikal kat sini dia ada sediakan tempat penginapan sekali x perlu bayar pon,makan pon free sekali jadi tak payah sususah keluarkan duet yg banyak kalau nak praktikal dekat sini *katil cek kat atas uh..supaya x de laa orang nak duduk..kemas jer..okay cek sangt tak suka kalau katil besepah bagai tu ye..harus kemas baru sedap mata memandang....
nie bilik kali kedua..sbb kena tuka,sebb supervisor laa soh kalu x kitorang x tuka bilik..tapi bilik nie lagi better laa dari seblom tapi kecik sikit..


haaa sampai di sini saja cerita aku tentang masa praktikal yang ak lakukan..boleh tahan seronok..kakak2 opis aku ske buli aku lagi2 kak kina yg pakai tudung pink tu haha~ *termengumpat lak.. x de laa haha saje jerr wat korang cuakk bhahaxs~ :p dorang semua sporting HOD a.k.a HEAD OF DEPARTMENT pon sporting gak..selalu gak bawak mknn *dia cilok maknn dari bilik bos haha~bukan cilok meyh tapi bos kasi..pastu dia kasi kat kitorng2 nie plak..ak laa pling byk makn tapi bila diorang x de...diorang ade kena wat keje laa agaga~boleh uhh makan kat opis uhh..x ramai pon kat deparment ak tu..termasuk ak ada 6 orang pastu yg ketua acc uh bersara..pastu yg junior acc plak jarang masuk anak bos (LELAKI) *hensem jgak r haha~ laa kte kan..dalm seminggu 2,3 kali jerr dia masuk..boleh kira laa haha..kalu masuk pon tgah hari...anak bos nie ske bagi aku keje kalu dia masuk,dia masuk jerr ade keje,dia masuk jerr ade keje..yg x leh blaa nye kan ak penah laa geledah pc dia..syuuttt!!! diam2!!! ade cter donulduck kot dlm pc dia..btol x ejaan dia tu..umo dia dah bpe 27 kot hehe~ nak kata ada adik encik bos aku tu..mana ada adik kecik dah semua dah besar..sory encik TERRRRgeledah sebab boring kke~ :P minggu akhir nak praktikal plak ada sorang pekerja baru yg masuk lelaki india..hari akhir2 tu mmg keje kurang coz ak ngajar pekerja baru nie laa..keje ak, ak kasi kat dia hehe~ ringan sikit

yea !!! THE END 
habis sudah kisah kuw ketika praktikal..dan selamt berpraktikal ye sape2 yg tgah praktikal uh
wink2~ O_-....